Download Live Wallpaper Xperia Z2 Untuk Smartphone Android Anda

4
659 views
views

Seminggu selepas pelancaran model flagship terbaru Sony iaitu Sony Xperia Z2, beberapa perkara berkaitan smartphone berspesifikasi tinggi tersebut telah pun dikongsikan beberapa pembangun kepada pengguna.

Antara yang menarik perhatian ialah aplikasi Live Wallpaper rasmi Xperia Z2 yang turut dikongsi kepada pengguna.Live wallpaper tersebut selain akan bergerak ketika anda scroll skrin phone masing-masing,ia akan turut bertukar warna.

Warna live wallpaper tersebut akan berubah mengikut susunan dari Ungu> Pink > Merah> Oren> Kuning> Hijau> Biru dan kembali kepada Ungu. Malangnya, pengguna tidak boleh menetapkan warna pilihan masing-masing.

Live Wallpaper daripada Sony android 4.4.2 Kit Kat ini hanya boleh digunakan pada smartphone yang telah di root dan menggunakan Android 4.1 Jelly Bean dan keatas namun tidak semua model phone sesuai dengannya.

Beberapa pengguna melaporkan mereka mengalami “force close” apabila mencubanya pada Xperia ZL, ZR dan Z.File APK aplikasi ini boleh diinstall seperti biasa dan bagi anda yang mengalami masalah, proses instalasi perlu dilakukan secara manual dengan cara memasukkan ke dalam folder system dan set permission kepada (RW-, R–, R–).

DOWNLOAD

SUMBER | XDA DEV

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here