Xperia G Bakal Diperkenal – Pesaing Moto G ?

Xperia G, mungkin itu nama yang bakal digunakan untuk smartphone terbaru milik SONY selepas sekeping gambar yang dikatakan sebagai phone tersebut tersebar di internet baru-baru ini.

Akaun twitter Vizileaks semalam menunjukkan sekeping gambar Xperia G sambil menyatakan ia akan dilengkapi dengan spesifikasi kelas pertengahan.Kami tidak pasti samada ia merupakan Xperia D5103 ataupun tidak.Gambar tersebut menunjukkan Xperia G diletakkan dibawah Xperia Z1 dan mempunyai saiz yang lebih kecil disamping menggunakan kemasan plastik pada badan nya.

Untuk rekod, Xperia D5103 mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan Motorola Moto G iaitu 1.4GHz Quad-core Snapdragon 400 processor, skrin 720p dan Android 4.4 Kit Kat.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here