Aplikasi WhatsApp Terima Kemaskini Baru – Kawalan Privasi Diperkenalkan

5
3,112 views
views

Selepas diperkenalkan untuk iOS, kini aplikasi WhatsApp untuk android dikemaskini membawakan beberapa fungsi baru kepada pengguna.Dalam kemaskini terbaru ini, kawalan privasi diperkenalkan membolehkan pengguna mengawal privasi seperti memilih siapa yang boleh melihat status “last seen”, gambar profile dan juga status yang ditetapkan.

Selain kawalan privasi, pengguna kini turut boleh membayar yuran penggunaan whatsapp untuk rakan masing-masing, menukar nombor pada aplikasi dan fungsi “mute” yang ditambah baik.

Sebelum ini, fungsi “mute” pada group akan tetap keluar notification walaupun tiada bunyi, namun dalam kemaskini kali ini, fungsi tersebut ditambah baik dimana jika anda memilih untuk mute, notifikasi tidak akan ditunjukkan dan hanya akan dipaparkan apabila whatsapp tersebut dibuka.

Kemaskini ini belum lagi dikeluarkan di Google Play Store namun file APK nya boleh di download di laman web rasmi WhatsApp (rujuk link dibawah).Anda hanya perlu download dan install seperti biasa untuk menggunakannya.

SUMBER | WHATSAPP

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here