Sony Xperia Z2 vs Xperia Z1 – Sama Tapi Berbeza

0
1,107 views
views

Sony Xperia Z2 vs Xperia Z1 , mungkin ramai antara anda yang tertanya apa beza antara Xperia Z1 dan Xperia Z2 yang baru sahaja diperkenalkan di MWC2014 hari ini.Kami akan cuba kupas perbezaan antara keduanya dan tidak ketinggalan persamaan yang ada pada kedua-dua smartphone ini.

“Android Beast”, mungkin itu gelaran yang sesuai untuk Xperia Z2 dan Xperia Z1 memandangkan kedua-duanya dilengkapi spesifikasi yang canggih dan berkuasa tinggi.Secara ringkasnya, Xperia Z2 merupakan versi Xperia Z1 yang ditambahbaik baik dari segi spesifikasi dan juga prestasi.

SPESIFIKASI : XPERIA Z1 VS XPERIA Z2

Xperia Z1 Xperia Z2
Display 5-inch 1080p “Triluminos” TFT LCD
440 pixels per inch
5.2-inch 1080p “Triluminos” with Live Colour LED
424 pixels per inch
Processor 2.2GHz Qualcomm Snapdragon 800 2.3GHz Qualcomm Snapdragon 801
RAM 2GB 3GB
Battery 3,000mAh internal 3,200mAh internal
Connectivity 3G/DC-HSDPA/4G LTE (Cat. 4)
Wifi a/b/g/n/ac, Bluetooth 4.0, NFC
3G/DC-HSDPA/4G LTE (Cat. 4)
Wifi a/b/g/n/ac, Bluetooth 4.0, NFC
Waterproofing Rated IP55/58 Rated IP55/58
Camera 20.7MP Exmor RS with Sony G lens
1080p video
20.7MP Exmor RS with Sony G lens
4K video
Software Android 4.3 Jelly Bean (with update) Android 4.4.2 KitKat

REKABENTUK : SAMA ?

Menyentuh mengenai soal rekabentuk, tak banyak perbezaan yang dapat dilihat atau tiada perbezaan ketara dari segi rekabentuk Xperia Z1 dan Z2.

Perbezaan yang ada ialah Xperia Z2 lebih ringan serta nipis dan sedikit lebih tinggi memandangkan ia mempunyai skrin yang lebih besar.

PAPARAN SKRIN  : XPERIA Z2 LEBIH BAIK

Paparan pada Xperia Z2 vs Xperia Z1
credit : Endgadget

Xperia Z2 mempunyai paparan skrin yang lebih baik.Dilengkapi dengan skrin yang lebih besar iaitu 5.2 inci vs 5 inci, skrin pada Xperia Z2 dilengkapi dengan teknologi “Live Colour LED” , “Trimluminos” dan ” X-Reality”.

SPEAKER : S FORCE SORROUND SOUND PADA XPERIA Z2

Kedudukan speaker pada Xperia Z2 telah diubah ke bahagian hadapan selain dilengkapi dengan teknologi “S Force Surround Sound”.Ini akan membuatkan pengalaman mendengar muzik, menonton video atau bermain games lebih baik.

Selain “S Force Surround Sound”, Sony Xperia Z2 turut dilengkapi dengan “digital noise cancellation” yang berfungsi apabila anda mendengar menggunakan headphone yang disertakan sekali di dalam kotak bungkusan.Terdapat mic pada smartphone tersebut yang akan mengesan bunyi kemudian dan seterusnya akan menghasilkan anti-noise untuk bunyi  yang lebih baik.

KAMERA : 20.7 MEGAPIXEL vs 20.7 MEGAPIXEL

Sama, mungkin itu tanggapan kebanyakkan pengguna apabila melihat pada saiz megapixel kamera kedua-dua Xperia Z2 dan Xperia Z1.Akan tetapi, SONY menambahbaik ciri-ciri kamera pada Xperia Z2 dengan menyertakan beberapa fungsi baru seperti

– rakaman 4K
– Kesan khas “AR” dan “Vine” untuk video- SteadyShot image stabilisation
– rakaman 120fps slow motion
– Mode “Background Defocus”

Ini menjadikan kamera pada Xperia Z2 lebih baik berbanding Xperia Z1 walaupun secara kasarnya ia kelihatan sama dengan 20.7MP.

VERSI ANDROID : KIT KAT vs JELLY BEAN

Xperia Z2 didatangkan terus dengan android 4.4.2 Kit Kat yang mempunyai pelbagai fungsi khas menjadikan smartphone tersebut lebih pintar.Kami telah ulas sedikit sebanyak mengenai fungsi-fungsi tersebut dalam artikel ini.

Xperia Z1 pula buat masa ini dilengkapi dengan Android 4.3 Jelly bean dan akan dikemaskini ke android 4.4 kit kat dalam masa terdekat yang akan membawa sedikit sebanyak ciri-ciri pada Xperia Z2 kepada Xperia Z1.

BATERI : 3200mAh vs 3000mAh

Sony mengambil keputusan untuk menambah kapasiti bateri pada Xperia Z2 kepada 3200mAh berbanding Xperia Z1 yang hanya mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh.Ini menjadikan ia lebih tahan lama.

PRESTASI : 2.2GHz SNAPDRAGON 800 vs 2.3GHz SNAPDRAGON 801

Credit : IBTimes

Snapdragon 800, merupakan chipset processor yang sangat berkuasa, smartphone yang dilengkapi dengannya tidak akan mengalami sebarang masalah atau lag.Segalanya sangat lancar dan laju ditambah dengan ram tinggi.Xperia Z1 merupakan antara smartphone yang menggunakan Snapdragon 800 dan mempunyai 2GB ram menjadikannya sangat berkuasa.

Namun, ketika acara MWC2014 hari ini, Qualcomm memperkenalkan Snapdragon 801 yang lebih berkuasa.Sony Xperia Z2 antara smartphone terawal yang menggunakannya dan mempunyai processor berkelajuan 2.3GHz berbanding 2.2GHz pada Xperia Z1.

Xperia Z2 turut dilengkapi dengan ram yang lebih besar iaitu 3GB berbanding 2GB ram pada Xperia Z1.Gabungan Snapdragon 801 + 3GB ram pada smartphone ini menjadikannya jauh lebih baik.

KESIMPULAN : ADAKAH BERBALOI UNTUK ANDA UPGRADE DARI XPERIA Z1 KE XPERIA Z2?

Xperia Z2 secara kasarnya merupakan Xperia Z1 yang ditambahbaik dari segala aspek.Jika anda seorang peminat gajet dengan sumber kewangan yang kukuh, ianya berbaloi untuk menukar Xperia Z1 kepada Z2.Akan tetap harus diingat, anda mungkin tidak akan perasan perbezaan yang anda.

Buat masa ini, Sony masih belum mengumumkan harga untuk pasaran Malaysia, namun harga pasaran eropah telah pun diumumkan dan kami menjangkakan ianya tidak akan jauh berbeza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here