Sony Xperia D5103 Bakal Diperkenal – Menggunakan Android 4.4 Kit Kat, 1.4GHz Processor

2
389 views
views

Sony Xperia D5103 Bakal Diperkenal | Dalam artikel sebelum ini, kami pernah menyenaraikan beberapa model baru yang bakal diperkenalkan oleh SONY Mobile.Antara model yang disebut, telah pun dilancarkan iaitu Sony Xperia E1, E1 Dual dan Sony Xperia T2 sebuah phablet dalam kelas pertengahan.

Dalam perkembangan terbaru, sebuah lagi model baru dikenal pasti iaitu Xperia D5103.D5103 dikatakan sebagai sebuah Xperia dalam kelas pertengahan (mid-range) yang dilengkapi dengan processsor Qualcomm Snapdragon 400 MSM8226 berkelajuan 1.4GHz.

sony d5103

Selain itu, ia akan turut dilengkapi dengan skrin 720p HD dan didatangkan dengan android 4.4 Kit Kat.Model ini akan didatangkan dengan sokongan LTE padanya.Maklumat spesifikasi ini diperolehi dari sebuah ujian benchmark yang dilakukan.

Jika dilihat dari segi spesifikasi yang dikongsikan, Xperia D5103 akan bersaing dengan Motorola Moto G yang mempunyai spesifikasi serupa.Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman nya kelak.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here