Samsung hari ini melancarkan 2 smartwatch terbaru mereka iaitu Samsung Gear 2 dan juga Samsung Gear 2 Neo.Apa yang membezakan antara siri terbaru ini dengan smartwatch versi terdahulu ialah ia tidak menggunakan sistem operasi android akan tetapi dilengkapi dengan sistem operasi Tizen.Kedua-dua smartwatch ini juga lebih ringan dan nipis .
Antara spesifikasi Gear 2 dan Gear 2 Neo ini ialah ia dilengkapi skrin sesentuh bersaiz 1.6 inci dengan resolusi 320 x 320, 512MB ram, 4GB internal memori, Bluetooth 4.0 LE, Infrared, 1GHz processor, bateri bersaiz 300mAh, kalis air serta debu ( IP67 rating),
Display | 1.63” Super AMOLED (320 x 320) |
CPU | 1GHz dual-core processor |
RAM | 512MB |
Camera | Gear 2: 2MP auto focus (1920×1080, 1080×1080, 1280×960) Gear 2 Neo: None |
Connectivity | Bluetooth 4.0 LE, IrLED |
Video | Codec: H.264, H.263 Format: 3GP, MP4 HD(720p, @30fps) Playback & Recording |
Audio | Codec: MP3/AAC/AMR/Vorbis Format: MP3, M4A, AAC, OGG |
Sensor | Accelerometer, Gyroscope, Heart Rate |
Storage | 4GB Internal Memory |
Battery | Li-ion 300mAh Typical Usage 2~3 days, Low Usage up to 6 days |
Other features | IP67 Certified Dust and Water Resistant, Noise Cancellation |
Dimensions | Gear 2 : 36.9 x 58.4x 10.0 mm, 68g Gear 2 Neo : 37.9 x 58.8 x 10.0mm, 55g |
Changeable Strap Color Options |
Gear 2 : Charcoal Black, Gold Brown and Wild Orange Gear 2 Neo : Charcoal Black, Mocha Grey and Wild Orange |
Pihak Samsung mengatakan bahawa bateri 300mAh pada kedua-dua smartwatch mampu bertahan sehingga 3 hari namun tidak menyatakan smartphone mana yang akan menyokong jam tangan pintar tersebut.
Antara ciri-ciri khas yang ada pada Samsung Gear 2 dan Gear 2 Neo ini ialah :
- Fitness – Heart rate monitor, Pedometer, Exercise
- Standalone modes: running, walking
- Companion modes: cycling, hinking
- Sleep & Stress (downloadable)
- Music Player with Bluetooth® Headset and Speaker
- WatchON Remote: Remote Controller via IrLED Sensor
Apa yang membezakan antara Gear 2 dan Gear 2 Neo ini ialah Gear 2 Neo tidak dilengkapi dengan kamera seperti Gear 2 , namun untuk ciri-ciri lain ianya sama.Gear 2 akan didatangkan dalam 3 pilihan warna iaitu Charcoal Black, Gold Brown dan Wild Orange, manakala untuk Gear 2 Neo ia didtangakan dengan pilihan warna Charcoal Black, Mocha Grey dan Wild Orange.
Menyentuh mengenai soal harga, buat masa ini tiada maklumat rasmi dikongsikan bersama oleh Samsung.Namun kedua-duanya dijangka akan mula berada dalam pasaran sekitar bulan April kelak.
SUMBER | SLASHGEAR
samsung ny hebt lh..galaxy J. bla kuar at malaysia