Samsung Galaxy S5 Clone Diperkenalkan – Goophone S5 , 2GHz Processor, 2GB Ram

1
485 views
views

Samsung Galaxy S5 merupakan antara smartphone yang menjadi sebutan dan menarik perhatian ramai pengguna.Apa yang menariknya, tidak sampai dua hari selepas pengumuman dilakukan, Galaxy S5 versi clone diperkenalkan oleh salah sebuah syarikat China.

Goophone memperkenalkan Googphone S5 menggunakan spesifikasi yang tidak kurang hebatnya.Antara spesifikasi ringkas smartphone clone ini ialah :

* 5-inch FHD 1080P screen, 1920*1080 pixel display
* 2GHz MTK MT6592 octa-core processor
* 2GB RAM and 32GB ROM, support expand microSD card
* 13MP rear camera with LED flash light, 5MP front camera
* Android 4.2 OS, with Google Play

Goophone S5 mempunyai rekabentuk yang boleh dikatakan 90% menyamai Galaxy S5 akan tetapi mempunyai saiz yang sedikit lebih kecil berbanding flagship terbaru milik Samsung tersebut.

Selain didatangkan dalam 4 pilihan warna iaitu hitam, putih, emas dan biru seperti Galaxy S5, Goophone turut menggunakan kemasan plastik yang sama di bahagian belakang dan sensor degupan jantung dibawah kamera.Namun tidak diketahui samada ia benar-benar dilengkapi dengan ciri-ciri tersebut.

Goophone S5 ini boleh di tempah melalui laman web rasmi mereka namun tidak diketahui bila penghantaran akan dilakukan memandangkan ianya kehabisan stok buat masa ini.Anda boleh mendapatkannya pada harga $299.99 (RM980) sahaja.

SUMBER : GOOPHONE S5

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here