LG Knock Code – Cara Baru Untuk Kunci Dan Unlock Skrin Smartphone?

LG Knock Code, bagi anda yang mengikuti perkembangan terbaru smartphone LG mungkin mengetahui bahawa LG telah pun memperkenalkan smartphone terbaru mereka iaitu LG G Pro 2 yang dilengkapi spesifikasi canggih setaraf model high-end yang lain.

Selain mempunyai spesifikasi tinggi seperti processor Snapdragon 800 berkelajuan 2.26GHz, antara perkara menarik lain yang diperkenalkan pada smartphone ini ialah cara baru untuk pengguna kunci skrin phone dan juga unlock smartphone masing-masing.

[youtube_advanced url=”http://www.youtube.com/watch?v=PzciJ35yAx4″]

LG Knock Code diperkenalkan bagi menggantikan cara tradisional smartphone android yang menggunakan kod pin, android pattern dan juga password untuk melindungi phone tersebut.Knock Code ini berfungsi dengan cara pengguna hanya perlu “ketuk” skrin ( lebih kepada tap secara perlahan) mengikut pattern yang telah ditetapkan sendiri.

Knock Code ini berupaya mengecam lebih daripada 85000 paten kombinasi.Pengguna hanya perlu tap pada mana-mana bahagian skrin smartphone dan akan di unlock apabila memasukan pattern yang betul.Ianya juga boleh digunakan untuk lock skrin smartphone tersebut semula selepas selesai digunakan.

Bagi kami ini merupakan satu perkara yang sangat menarik untuk dicuba.Lebih banyak info mengenai Knock Code ini akan dikongsikan apabila LG G Pro 2 ini dilancarkan secara rasmi pada acara MWC2014 kelak.Sama-sama kita nantikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here