Review Kelebihan Dan Kekurangan OPPO N1 CM Edition

7
3,156 views
views

Kelebihan dan kekurangan Oppo N1 CM Edition, itu antara perkara yang akan kami ulas dalam artikel review kali ini.Sebelum ini, kami berkesempatan untuk melakukan review smartphone terbaru dan smartphone pertama yang menggunakan rom Cyanogenmod iaitu OPPO N1 CyanogenMod Edition.

[alert type=”info”]Review unit ini di taja dan dibawah masuk ke Malaysia oleh TechbugMy yang merupakan salah sebuah kedai gajet online terbaik di Malaysia.[/alert]

Artikel mengenai OPPO N1 CM Edition ini telah pun kami keluarkan sebelum ini dimana beberapa ciri-ciri yang ada smartphone tersebut telah pun kami ulas sedikit sebanyak [rujuk artikel] sebagai panduan untuk anda, dan dalam artikel review ini kami akan memberikan ulasan lebih lanjut dari sudut yang lebih baik.

UNBOXING : APA YANG ADA DALAM KOTAK BUNGKUSAN

Salah satu perkara yang sangat menarik perhatian kami tatkala memegang kotak bungkusan OPPO N1 CM Edition ini ialah saiz nya yang begitu besar dan disertakan sekali dengan pelbagai aksesori tambahan.Bungkusan serba putih dan sangat cantik menjadikannya sangat premium dan tampak esklusif.

Anda akan mendapat kotak berwarna coklat yang mengandungi kotak smartphone, casing khas OPPO N1, kotak khas earphone, kotak khas usb berserta charger, 2 keping sticker Cyanogenmod edisi terhad dan O-Click, sebuah aksesori tambahan untuk OPPO N1.

Selain perkara yang disebutkan tadi, anda akan turut mendapat cover cruzerlite edisi terhad dan charger tambahan.

SPESIFIKASI OPPO N1 CM EDITION

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, smartphone ini dilengkapi dengan spesifikasi tinggi setaraf dengan beberapa model high-end yang lain seperti HTC One.Antara spesifikasi utama OPPO N1 ialah :

– 1.7GHz Quad-core Snapdragon 600 processor.
– 2GB Ram
– GPU Adreno 320
– Kamera 13MP yang boleh dipusing kehadapan pada 260 darjah.
– Skrin 1080p HD bersaiz 5.9 inci.
– Bateri 3610mAh
– 16GB internal memori
– Rom Cyanogenmod 10 (Android 4.3 Jelly bean)

Jika dilihat dari spesifikasi yang ditawarkan, ianya agak ketinggalan berbanding model-model terkini seperti Google Nexus 5, Xperia Z1 dan Samsung Galaxy Note 3.Namun OPPO mengambil langkah bijak dengan menawarkan sebuah smartphone yang menggunakan rom Cyanogenmod dilengkapi ciri-ciri yang lebih canggih berbanding stok android.

REKABENTUK OPPO N1 CM LIMITED EDITION

OPPO N1 mempunyai rekabentuk dan kualiti binaan yang terbaik, warna putih yang kemas, rekabentuk badan yang sedap dipegang walaupun bersaiz terlalu besar, segalanya terasa premium tatkala dipegang.

Besar gila…serius. #OppoN1 #Cyanogenmod #soleheendotcom #limitededition

A photo posted by @soleheen_com on

Kedudukan power butang yang terletak agak kebawah berhampiran dengan butang volume memudahkan pengguna untuk menggunakannya tanpa perlu mengalihkan kedudukan tangan ketika memegang smartphone tersebut.Namun, rom Cyanogenmod yang ada pada smartphone ini direka khas untuk memudahkan lagi kawalan phone dimana fungsi “Double-Tap to Wake” turut disertakan.

Anda hanya perlu tap dua kali pada skrin phone untuk menghidupkannya tanpa perlu bersusah payah menekan power buttton.

ROM CYANOGENMOD 10 – STOCK ANDROID 4.3 JELLYBEAN

Merupakan kelebihan utama yang terdapat pada OPPO N1.Rom Cyanogenmod yang digunakan sangat stabil, laju serta smooth tanpa sebarang lag.Didatangkan dengan fungsi yang lebih hebat berbanding stok android, ia memberikan pengguna akses penuh kepada tetapan (setting) telefon yang boleh diubah mengikut kesusaian dan citarasa yang diinginkan.

Antara fungsi yang menarik pada rom ini ialah :

– Privacy Guard – membenarkan anda untuk mengawal maklumat mana yang boleh diakses oleh aplikasi atau games sekaligus menjamin privasi anda lebih selamat.
– Sokongan tema untuk phone yang boleh di download dari Google Play Store.
– Advance Control – membenarkan anda untuk mengawal sendiri prestasi phone.

Sepanjang menggunakan smartphone ini, kami tidak meletakkan harapan tinggi untuk melihat sebuah sistem yang stabil daripada Cyanogenmod dan turut menjangkakan beberapa isu akan berlaku.Namun, sebaliknya berlaku, segala-galanya berfungsi dengan baik, tiada masalah serta sangat smooth.

1.7GHz SNAPDRAGON 600, 2GB RAM – CUKUP BERKUASA

Bagi kami, antara perkara pertama yang dilihat pada sesebuah smartphone ialah processor yang digunakan.OPPO N1 CM Edition dilengkapi dengan processor yang cukup berkuasa iaitu Snapdragon 600, walaupun tidak menggunakan processor terkini iaitu Snapdragon 800 seperti kebanyakkan model flagship yang lain, Snapdragon 600 sudah cukup untuk memastikan prestasi smartphone ini dalam keadaan terbaik dan berkuasa.

Ram 2GB dengan GPU Adreno 320 menjadikan OPPO N1 mampu menjalankan segala tugas dengan baik, laju pantas dan delay.Permainan HD turut boleh dimain tanpa sebarang masalah.Skrin 5.9 inci menjadikan pengalaman bermain games lebih baik dan lebih puas.

KAMERA 13MP – PERTAMA SEUMPAMANYA

Salah satu kelebihan utama yang ada pada smartphone ini ialah kamera yang boleh dipusing kehadapan pada 260 darjah.Sesuatu yang baru diperkenalkan oleh OPPO dan merupakan smartphone pertama yang mempunyai kamera seperti ini.

13mp camera pada OPPO N1 CM Edition yang boleh dipusing. #OppoN1 #cyanogenmod #soleheendotcom

A photo posted by @soleheen_com on

Ini menjadikan pengalaman mengambil gambar menggunakan kamera hadapan lebih baik dari kebiasaan.Anda akan mempunyai kamera hadapan dengan resolusi 13MP.Untuk mengambil gambar langit pula hanya perlu pusingkan kamera keatas tanpa perlu terbalikkan phone masing-masing.

Menyentuh soal kualiti, dengan resolusi 13MP, kualti yang dihasilkan berada pada tahap terbaik dan anda tidak perlu risau mengenai kualiti yang terhasil.

BATERI 3610mAh – KETAHANAN SEHARI SUNTUK

Aspek ketahanan bateri merupakan perkara terpenting dalam memilih smartphone, menjadi kelebihan kepada OPPO N1 CM Edition ini dimana ia dilengkapi dengan bateri bersaiz 3610mAh.Sepanjang penggunaan kami, smartphone ini mampu bertahan sehari suntuk dengan penggunaan wifi 24 jam, melayari internet, dengar lagu, menyemak email, facebook dll dengan kadar brightness sekitar 10%.

AKSESORI DAN FUNGSI TAMBAHAN – LAIN DARI YANG LAIN

OPPO N1 boleh dikatakan antara smartphone android lain dari yang lain, selain dilengkapi rom Cyanogenmod ia turut didatangkan dengan beberapa aksesori serta fungsi tambahan.Antaranya ialah :

1- O – Touch

– Fungsi yang tidak terdapat pada mana-mana smartphone, OPPO N1 mempunyai trackpad pada bahagian belakangnya yang membenarkan pengguna untuk mengawal smartphone melalui bahagian belakang tanpa perlu menyentuh skrin.

2- O – Click

O – Click berfungsi sebagai alat kawal jauh untuk fungsi seperti mengambil gambar (shutter key) dan juga sebagai pengesan phone (phone detector).Clicker yang dibekalkan perlu disambungkan menggunakan sambungan bluetooth.Anda hanya perlu menekan clicker tersebut jika ingin mengambil gambar dan untuk fungsi pengesan phone pula, Clicker akan berbunyi jika phone berada jauh dari anda.

HARGA

Di Malaysia, tidak banyak penjual tempatan yang menawarkan smartphone ini, namun anda boleh mendapatkannya daripada TechbugMy, sebuah kedai gajet online terbaik di Malaysia yang menawarkan gajet atau smartphone yang sukar diperolehi di Malaysia.Pihak Techbug juga antara kedai pertama yang menawarkan Nexus 5 kepada pengguna.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan smartphone “rare” ini, lawati laman web mereka di www.techbug.my atau di laman facebook page techbugmy.

VIDEO REVIEW
KELEBIHAN OPPO N1 CYANOGENMOD

Dilengkapi spesifikasi tinggi , 1080p HD skrin bersaiz 5.9 inci, segala-galanya kelihatan sempurna.Banyak kelebihan yang ada pada OPPO N1 Cyanogenmod ini antaranya :

1- Dilengkapi rom Cyanogenmod, sebuah sistem seperti stok android akan tetapi lebih hebat, lebih advance dengan pelbagai fungsi menarik yang ditawarkan.Pengguna mempunyai 100% kawalan terhadap phone.
2- Kemasan body yang sangat kemas serta solid, rekabentuk premium.
3- Kamera 13MP yang boleh dipusing pada 260 darjah menghasilkan kualiti pada tahap terbaik.
4- Processor Snapdragon 600 + 2GB ram memastikan OPPO N1 mempunyai prestasi mantap serta terbaik, segala-galanya laju dan pantas.
5- Bateri bersaiz besar dan tidak mengecewakan, mampu bertahan sehari suntuk.
6- Aksesori tambahan dan premium, segala-galanya disediakan seperti cover dll.
7- Fungsi khas seperti O-Touch dan O-Click yang tidak terdapat pada smartphone lain.

KEKURANGAN OPPO N1 CYANOGENMOD EDITION

Disebalik spesifikasi yang hebat , terdapat beberapa kekurangan yang wujud pada smartphone ini antaranya :

1- Saiz yang mungkin terlalu besar dan agak berat untuk sesetengah pengguna terutama wanita.
2- Bateri mengambil masa yang agak lama untuk dicas penuh.
3- Tiada sambungan LTE.
4- Tiada sokongan sdcard
5- Harga yang ditawarkan oleh OPPO sebenarnya agak tinggi berbanding pesaing dalam kategori yang sama.

KESIMPULAN

Jika anda inginkan pendapat kami di soleheen.com samada berbaloi atau tidak untuk memiliki smartphone ini, jawapan kami ialah berbaloi.Memiliki OPPO N1 CM Edition ini merupakan satu kelainan, lain dari kebiasaan.Buat masa ini tiada smartphone seumpama OPPO N1 ini dengan fungsi yang menarik.

Jika anda inginkan sebuah smartphone dengan fungsi yang lebih hebat serta advance berbanding stok android, OPPO N1 CM Edition ini merupakan pilihan bijak untuk dipilih.Dilengkapi dengan rom android paling hebat, anda akan mempunyai 100% kawalan pada phone, ini memudahkan serta memberi kelebihan kepada yang memilikinya.

Apa-apa pun berbalik kepada soal keperluan, OPPO N1 CM EDITION ini merupakan sebuah smartphone high-end dengan harga yang boleh dikatakan agak tinggi, pastikan anda bijak berbelanja, walaubagaimanapun tidak salah untuk mengeluarkan belanja lebih untuk sesuatu yang berbaloi.

Facebook Comments

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here