Kelebihan Dan Kekurangan Galaxy S5 vs Xperia Z2, kedua-dua android beast ini telah pun dilancarkan secara rasmi semalam dimana menyaksikan kedua-duanya dilengkapi spesifikasi canggih dan berkuasa tinggi.Dalam artikel review perbandingan kali ini, jom kita lihat perbandingan dari segi spesifikasi yang terdapat Galaxy S5 dan juga Xperia Z2.
Samsung Galaxy S5 |
Sony Xperia Z2 |
|
PAPARAN SKRIN | 5.1-inch 1920x1080p Super AMOLED | 5.2-inch 1080p “Triluminos” + Live Colour LED |
PROCESSOR | 2.5GHz Qualcomm Snapdragon 800 quad-core | 2.3GHz Qualcomm Snapdragon 801 quad-core |
MEMORI | 2GB of RAM, 16/ 32GB of internal storage, microSD card slot | 3GB of RAM, 16GB of internal storage, microSD card slot |
SAIZ | 142.0 x 72.5 x 8.1mm, 145 grams | 146.8 x 73.3 x 8.2 mm, 158 grams |
KAMERA | 16MP rear, 2.1MP front | 20.7MP rear, 2.2MP front |
SAMBUNGAN | Wi-Fi, Bluetooth, NFC, 4G, IR Blaster | Wi-Fi, Bluetooth, NFC, 4G |
SAIZ BATERI | 2800 mAh | 3200 mAh |
VERSI ANDROID | Android 4.4.2 | Android 4.4.2 |
KETAHANAN | IP67 dust and water resistance | IPX5 and IPX8 (waterproof), IP5X (Dust protected) |
Jika dilihat dari sefi spesifikasi Galaxy S5 vs Xperia Z2 ini, kedua-duanya menawarkan spesifikasi canggih namun jelas kelihatan bahawa Sony Xperia Z2 mengatasi Galaxy S5 dari segi spesifikasi atas kertas.
GALAXY S5 vs XPERIA z2 SKRIN : 5.1 Super AMOLED vs 5.2 Triluminos + LED Live Colour
Memandangkan kedua-dua smartphone masih belum dikeluarkan secara rasmi, agak sukar untuk menyatakan yang mana satu mempunyai paparan skrin lebih baik.
Jika dilihat kepada flagship device milik Samsung dan Sony sebelum ini, smartphone Samsung mempunyai paparan skrin jauh lebih baik dan cantik berbanding Sony.Akan tetapi teknologi Triluminous + X-Reality + LED Live Colour yang disertakan pada skrin Xperia Z2 tidak boleh dipandang rendah.
GALAXY S5 vs XPERIA z2 REKABENTUK : PLASTIK VS KACA
Seperti yang anda tahu, Xperia Z2 mengekalkan kemasan kaca untuk bahagian belakang smartphone tersebut sekaligus menjadikannya sangat premium dan menarik.
Samsung pula mengambil langkah untuk mengekalkan plastik sebagai kemasan di bahagian belakang, namun bahan yang digunakan berbeza dengan model mereka yang lain dimana kali ini , kemasan tersebut jauh lebih baik serta selesa untuk dipegang.
GALAXY S5 vs XPERIA z2 : SNAPDRAGON 801 vs SNAPDRAGON 801
Galaxy S5 diperkenalkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 801 dengan kelajuan 2.5GHz, walaubagaimanapun, berkemungkinan akan terdapat variasi lain yang menggunakan processor berlainan untuk smartphone tersebut.Smartphone ini turut dilengkapi dengan Pengimbas Cap Jari seperti yang ada pada iPhone 5S.
Manakala untuk Xperia Z2, ia dilengkapi dengan processor baru iaitu Snapdragon 801 iaitu versi kemaskini kepada Snapdragon 800 berkelajuan 2.3GHz.
[alert type=”info”]KEKELIRUAN MENGENAI PROCESSOR XPERIA Z2 DAN GALAXY S5[/alert]Xperia Z2 mempunyai kelebihan dari segi ini memandangkan selain dilengkapi dengan Snapdragon 801, ia turut mempunyai ram sebesar 3GB, cukup untuk menjadikan sangat berkuasa.
[alert type=”info”]Review Sony Xperia Z2 vs Xperia Z1 – Sama Tapi Berbeza[/alert]GALAXY S5 vs XPERIA z2 : KIT KAT vs KIT KAT
Kedua-dua android beast ini dilengkapi dengan android versi terbaru iaitu Android 4.4.2 Kit Kat dan dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik.
Samsung Galaxy S5 dilengkapi dengan ciri-ciri khas seperti Ultra Power Saving Mode (mode yang mampu membuatkan S5 bertahan selama 24 jam walaupun bateri berbaki hanya 10%), Download Booster (mode yang mengabungkan LTE dan WIFI ketika proses download sedang berjalan menjadikan proses download lebih laju), S Health 3.0 (ciri-ciri khas untuk penjagaan kesihatan, berkemampuan untuk mengukur degupan jantung dll), Private Mode (mengawal privasi pemilik), Kids Mode (mode khas untuk kanak-kanak).
Berbeza dengan Samsung, Sony lebih memfokuskan kepada Hiburan (Entertainment).Ciri-ciri khas android 4.4.2 Kit Kat pada Xperia Z2 boleh dibaca di dalam artikel Sony Xperia Z2 Dengan Android 4.4 Kit Kat – “Sirius” Lebih Pintar Dengan Fungsi Baru.
GALAXY S5 vs XPERIA z2 : 16MP vs 20.7MP
Galaxy S5 didatangkan dengan kamera 16 megapiksel berbeza dengan Sony Xperia Z2 yang masih mengekalkan kamera dengan resolusi 20.7 megapiksel.
Walaubagaimanapun megapiksel bukan segala-galanya dalam menentukan kualiti gambar yang terhasil.Kedua-dua smartphone dilengkapi dengan ciri-ciri khas pada kamera masing-masing.
Antara ciri yang ada kamera 16MP milik Galaxy S5 ialah rakaman 4K, Selective Focus (membenarkan anda fokus semula gambar selepas gambar diambil) dan Live HDR.
Manakala untuk Xperia Z2, antara ciri yang ada ialah rakaman 4K, 120 frames-per-second slow motion mode, Steadyshot (untuk mengelakkan video blur ketika diambil), Timeshift burst (mampu mengambil 61 keping gambar dalam masa 2 SAAT).
GALAXY S5 vs XPERIA z2 BATERI
Aspek bateri merupakan antara perkara utama yang harus dinilai ketika memilih smartphone.Galaxy S5 dilengkapi dengan bateri bersaiz 300mAh sedikit lebih kecil berbanding Xperia Z2 yang didatangkan dengan bateri bersaiz 3200mAh.
Kedua-dua smartphone ini dilengkapi dengan fungsi penjimatan bateri sendiri dimana Sony Xperia Z2 mempunyai Stamina Mode yang benar-benar membantu menjimatkan bateri smartphone Xperia dan untuk Galaxy S5 pula, ia mempunyai Utra Power Saving Mode.
GALAXY S5 vs XPERIA Z2 : HARGA PASARAN
Menyentuh soal harga, Samsung masih lagi berahsia mengenainya manakala Sony telah pun mengumumkan harga Xperia Z2 untuk pasaran Eropah pada laman web rasmi mereka sekaligus memberi gambaran mengenai harga yang bakal ditawarkan kelak.Kedua-dua smartphone akan mula dijual pada bulan April kelak.Sama-sama kita nantikan.
s5
Z2 mcm gempk je
z2
Z2
Z2
Z2
z2 make,believe
Dual stereo speaker macam htc one. korang takkan menyesal beli phone yg dual stereo speaker nie. mmg best dgr lgu ngan layan video. macam tgk tv. 😉
Betol. korang setuju same awak
z2 kamera depan teruk…kamera belakang cun clear 99