Harga Sony Xperia Z1 Compact Di Malaysia – Mula Ditawarkan Penjual Tempatan

7
1,221 views
views

Harga Sony Xperia Z1 Compact di Malaysia | Mungkin ramai antara anda yang tertanya-tanya mengenai harga Xperia Z1 Compact di Malaysia, berita baik dimana kini terdapat penjual tempatan yang mula menawarkan smartphone berkuasa tinggi tersebut kepada pengguna di Malaysia.

Sony Xperia Z1 Compact merupakan Xperia Z1 versi mini akan tetapi dilengkapi dengan spesifikasi cukup tinggi dan berkuasa tidak seperti model smartphone mini jenama lain.Dengan skrin bersaiz 4.3 inci, smartphone ini dilengkapi dengan processor Quad-core Snapdragon 800 berkelajuan 2.2GHz, 2GB ram, kamera 20.7MP , 2MP kamera di bahagian belakang, memori dalaman 16GB dengan sokongan memori kad sehingga 64GB, Android 4.3 Jelly Bean dan bateri bersaiz 2300mAh.

UPDATE : ATAS KESILAPAN TEKNIKAL, PIHAK DIRECTD TELAH MENURUNKAN HARGA XPERIA Z1 COMPACT KEPADA RM1599 UNTUK WARNA HITAM/PUTIH DAN BUKANNYA RM2189 SEPERTI SEBELUM INI.

Smartphone ini mula ditawarkan kepada pengguna pada harga RM1599 dan terdapat dalam 3 pilihan warna iaitu hitam, pink dan putih.Set ini merupakan AP set dan dibawa masuk oleh penjual itu sendiri.

Sony Malaysia dalam satu perkembangan lain pula mula membuka tawaran pra-tempahan untuk pengguna yang berminat untuk mendapatkannya.Sehingga kini tiada info rasmi dikongsikan mengenai tarikh rasmi ia akan dijual di Malaysia oleh Sony Malaysia.

SUMBER | DIRECTD

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here