Galaxy S5 Dilengkapi Snapdragon 801 Processor – Penjelasan Terperinci Siri Snapdragon 800

9
1,086 views
views

Pelancaran Samsung Galaxy S5 semalam menimbulkan beberapa tanda tanya mengenai cip pemprosesan (processor) yang diguna pakai oleh smartphone tersebut yang merupakan smartphone terbaru dalam siri Samsung Galaxy.Antara info yang banyak tersebar mengatakan bahawa Galaxy S5 menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800 akan tetapi dengan kelajuan yang lebih baik berbanding Xperia Z2 yang menggunakan Snapdragon 801 sebagai processor.

Dalam hari yang sama sebelum pelancaran Galaxy S5, Qualcomm memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka iaitu Snapdragon 801  (MSM8974AC) yang merupakan penyambung siri kejayaan Snapdragon 800 (MSM8974).Ini menjadikan terdapat 3 siri Snapdragon 800 iaitu MSM8974 , MSM8974AB dan MSM8974AC. (rujuk jadual dibawah)

JENIS PROCESSOR SNAPDRAGON 800
MSM8974 (Snapdragon 800) MSM8974AB (Snapdragon 800) MSM8974AC (Snapdragon 801)
CPU 4 x Krait 400 4 x Krait 400 4 x Krait 400
Max CPU Frequency 2.3GHz (2.26GHz) 2.3GHz (2.26GHz) 2.5GHz (2.45GHz)
GPU Adreno 330 Adreno 330 Adreno 330
Max GPU Frequency 450MHz 550MHz 578MHz
ISP Frequency 320MHz 465MHz 465MHz
Memory Interface 2 x 32-bit LPDDR3-1600 2 x 32-bit LPDDR3-1866 2 x 32-bit LPDDR3-1866
eMMC Interface 4.5 4.5 5.0
Modem 9×25 IP block, Category 4 LTE 9×25 IP block, Category 4 LTE, DS-DA 9×25 IP block, Category 4 LTE, DS-DA

Qualcomm menyenaraikan MSM8974 sebagai Snapdragon 800 namun tidak pula menamakan versi MSM8974AB (berkemungkinan masih lagi Snapdragon 800 akan tetapi ditambahbaik).Untuk MSM8974AC ia dinamakan sebagai Snapdragon 801.Jadi smartphone mana yang menggunakan processor-processor ini ?

SNAPDRAGON 800 MSM8974

MSM8974, ini merupakan cip pemprosesan generasi pertama untuk Snapdragon 800.Ia mempunyai 4 Krait 400 cores yang boleh disetkan kelajuannya sehingga 2.3GHz, Adreno 330 GPU 450MHz dan LPDDR3-1600 memory controller.Cip pemprosesan ini digunakan oleh kebanyakkan smartphone Snapdragon 800 seperti LG G2, Sony Xperia Z Ultra, Samsung Galaxy Note 3, Sony Xperia Z1, Nexus 5 dan Nokia Lumia 1520.

SNAPDRAGON 800 MSM8974AB

MSM8974AB , ini merupakan generasi kedua Snapdragon 800 yang diperkenalkan tanpa nama rasmi.Masih mengekalkan 4 Krait 400 cores yang boleh disetkan kelajuannya sehingga 2.3GHz, Adreno 330 GPU 550MHz dan LPDDR3-1600 memory controller.Apa yang membezakan dengan generasi pertama ialah pada bahagian Adreno 330 GPU dimana ia menggunakan 550MHz berbanding 450MHz.Antara smartphone yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800 generasi kedua ini ialah Sony Xperia Z2, Sony Xperia Z2 Tablet dan HTC One 2014 yang akan dilancarkan pada bulan Mac akan datang

SNAPDRAGON 801 MSM8974AC

MSM8974AC merupakan generasi ketiga yang dikenali sebagai Snapdragon 801.Masih mengekalkan 4 Krait 400 cores namun dengan kelajuan yang lebih baik iaitu 2.5GHz, Adreno 330 GPU pada Snapdragon 801 ini juga lebih tinggi iaitu 578 MHz dan memory controller yang sama iaitu LPDDR3-1866.MSM8974AC merupakan processor terkini dan paling laju serta berkuasa.Satu-satunya smartphone yang menggunakan processor ini ialah Samsung Galaxy S5.

KEKELIRUAN YANG TIMBUL

Antara kekeliruan yang timbul ialah kebanyakkan laman web teknologi terkenal Eropah seperti The Verge, CNet dan lain-lain menyatakan bahawa Samsung Galaxy S5 menggunakan processor Snapdragon 800 berkelajuan 2.5GHz.Menurut Slashgear, salah faham ini terjadi kerana unit yang mereka cuba ketika pelancaran bukan unit rasmi yang akan dijual kepada umum.Ia lebih kepada “display unit” yang menggunakan Snapdragon 800.

Berikut ialah kenyataan SlashGear dalam laman web mereka :

Of IMPORTANT NOTE is the fact that the Samsung Galaxy S5 we’ve tested here suggests that these EARLY TEST MODELS with NON-FINAL SOFTWARE BUILDS are using the Qualcomm Snapdragon 800. This means that the final build will quite likely be much MORE powerful by the time the device launches.

Qualcomm telah pun mengesahkan Galaxy S5 akan dilengkapi dengan Snapdragon 801 MSM8974AC apabila dijual kelak namun tidak diketahui samada Samsung akan menghasilkan variasi Galaxy S5 berlainan processor mengikut negara seperti yang dilakukan pada Galaxy S4.

Jadi bagaimana pula dengan Sony Xperia Z2 dan Sony Xperia Z2 Tablet ? Sony menyatakan kedua-dua model terbaru mereka itu dilengkapi Snapdragon 801 MSM8974AB . MSM8974AB merupakan generasi kedua Snapdragon 800 tanpa nama rasmi.Snapdragon 801 ialah MSM8974AC yang merupakan generasi ketiga.

Kami tidak pasti samada Sony tersilap atau mungkin memang generasi kedua Snapdragon 800 MSM8974AB akan turut dipanggil Snapdragon 801 walaupun tiada kenyataan rasmi dari Qualcomm.

Jadi kesimpulan yang dapat dibuat ialah, Samsung Galaxy S5 masih mengekalkan reputasi sebagai smartphone terhebat dan berkuasa tinggi dari segi processor.Perbandingan antara Galaxy S5 vs Xperia Z2 telah pun kami lakukan dimana anda boleh menilai sendiri.

SUMBER | VIA 1 | VIA 2 | VIA 3

9 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here