ZTE Umum 5 Smartphone , Tablet Dan SmartWatch Pertama Milik Mereka

2
622 views
views

ZTE Umum 5 Smartphone, Tablet Baru Dan SmartWatch Pertama Milik Mereka | Menjelang acara CES2014 yang akan datang, ZTE dilihat turut mengambil langkah mengumumkan model terbaru mereka untuk pengguna dimana 5 smartphone baru berserta sebuah tablet dan juga smartwatch akan diperkenalkan pada acara itu nanti.

Antara model yang dimaksudkan ialah ZTE Grand S II, ZTE Nubia 5S, Nubia 5S mini, ZTE Sonata 4G , ZTE Iconic Phablet termasuk sebuah smartwatch yang dikenali sebagai ZTE Bluewatch.Kesemua model ini akan diperkenalkan serentak dengan smartphone jenama lain seperti Samsung, Sony ,HTC dan juga LG.

ZTE Grand S II

Grand S2 merupakan model terbaru ZTE dengan spesifikasi tinggi dilengkapi fungsi kawalan suara (Voice Control) dengan teknologi Voice Recognition for Unlocking dimana ia akan membenarkan pengguna untuk membuka phone menggunakan suara sendiri.ZTE Grand S2 juga akan mempunyai fungsi Voice-to-Photography dan 3 mikrophone bagi memastikan pengecaman suara dapat dilakukan dengan lebih baik dan tepat.Pihak ZTE tidak menyatakan spesifikasi rasmi untuk Grand S2 buat masa ini.

ZTE Nubia Z 5S

Nubia Z 5S sebuah smartphone high-end dengan spesifikasi sangat canggih setaraf model flagship jenama lain seperti Xperia Z1, Xperia Z Ultra, Nexus 5 dan juga Samsung Galaxy Note 3. Ianya dilengkapi dengan processor terkini iaitu Snapdragon 800 berkelajuan 2.3GHz, HD Skrin 1080p bersaiz 5 inci dengan teknologi Sharp IGZO display, kamera 13MP dengan teknologi OIS dan sokongan rakaman video 4K, kamera hadapan 5MP, 2GB Ram, Android 4.2.2 Jelly Bean, dan bateri bersaiz 2,300 mAh.

ZTE NUBIA Z 5S

Nubia Z 5S mini

Nubia Z 5S Mini pula merupakan Nubia Z 5s versi lebih kecil dimana ia menggunakan skrin 720p HD bersaiz 4.7 inci dengan Sharp IGZO display, Android 4.2.2 Jelly Bean, Dual-core 1.7GHz Snapdragon 600 processor, 2GB RAM, 13MP tanpa OIS dan 5MP kamera hadapan.

ZTE Sonata 4G

Sonata 4G merupakan sebuah smartphone yang dihasilkan dengan kerjasama syarikat wireless AIO, dilengkapi dengan sambung 4G LTE, 1.2 GHz dual-core Qualcomm Snapdragon 400, 1GB RAM, 5 megapixel camera, 4-inch display dan 1780mAh battery.

ZTE Iconic Phablet

Iconic Phablet merupakan sebuah phablet (gabungan phone + tablet) yang dilengkapi dengan ciri-ciri seperti 5.7 inch 720p display, quad-core processor, Dolby Digital Sound, wireless charging , dan teknologi “smart viewer”.Pihak ZTE walaubagaimanapun, tidak menyatakan dengan lengkap mengenai spesifikasi phablet mereka ini.

ZTE Bluewatch

Merupakan sebuah smartwatch yang direka khas untuk bersaing dengan model jenama lain seperi Sony SmartWatch dan juga Samsung SmartWatch.Tiada spesifikasi rasmi dikongsikan mengenai smartwatch ini dan ZTE dijangka akan mempamerkan model ini pada acara CES2014 yang akan datang.

SUMBER | VIA

Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here