Sony Memperkenalkan Xperia T2 Ultra Dan Xperia T2 Ultra Dual

2
471 views
views

Sony Memperkenalkan Xperia T2 Ultra, Xperia T2 Ultra Dual Dan Xperia E1 | Sony hari ini memperkenalkan 3 lagi model baru mereka iaitu Xperia T2 Ultra, Xperia T2 Ultra Dual dan juga Xperia E1.Sony Xperia T2 Ultra merupakan phablet terbaru milik Sony selepas Xperia Z Ultra yang diperkenalkan pada tahun 2013 yang lalu.

Xperia T2 Ultra menggunakan spesifikasi yang hampir sama seperti Xperia T namun didatangkan dengan skrin 720p yang lebih besar iaitu 6 inci dan juga lebih nipis dengan ketebalan sekitar 7.6mm termasuk dilengkapi dengan spesifikasi berikut :

– Skrin 6” HD (720p) dengan teknologi Triluminous Display dan Mobile BRAVIA Engine 2.
– Android 4.3 Jelly Bean
– 13 MP camera + Exmor RS for mobile
– Kamera hadapan 1.1 megapixel + Exmor R
– Snapdragon Quad-core 1.4 GHz processor
– 1GB of RAM
– 8GB internal memori dengan sokongan Micro SD sehingga 32GB.
– Bateri bersaiz 3000mAh dilengkapi Stamina Mode

Sony memperkenalkan beberapa ciri baru pada kamera yang terdapat pada phablet ini dan agak berbeza dengan smartphone siri Xperia Z mereka.Kamera 13MP Sony Xperia T2 Ultra ini dilengkapi dengan ciri-ciri Background defocus, Sweep Panorama, Collage, Timeshift burst dan juga Portrait Retouch.

Untuk Xperia T2 Ultra Dual pula ianya merupakan Xperia T2 Ultra dengan sokongan dual-sim.Buat masa ini tiada sebarang info rasmi dikongsikan mengenai harga nya di pasaran dan Sony dijangka akan menunjukkan phablet tersebut pada MWC2014 yang akan datang.

SUMBER | VIA

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here