Xperia SP Bakal Terima Android 4.3 Dalam Masa Terdekat – Firmware 12.1.A.0.256 Kini Tersebar

5
521 views
views

Xperia SP Bakal Terima Android 4.3 Dalam Masa Terdekat – Firmware 12.1.A.0.256 | Xperia SP yang sebelum ini dijadualkan menerima Android 4.3 mungkin akan mendapat kemaskini tersebut dalam masa terdekat apabila firmware Android 4.3 smartphone ini telah pun tersebar di XDA Dev dan sedia untuk dicuba oleh pengguna.

Firmware yang dikongsikan oleh DoomLord itu walaubagaimanapun masih belum stabil sepenuhnya dan hanya sesuai untuk pengguna advance yang telah unlocked bootloader phone masing-masing.Ianya agak berisiko untuk diinstall jika anda tidak mempunyai asas dalam perkara ini.

Antara review yang dikongsikan oleh pengguna yang telah mencuba firmware percubaan ini ialah masih terdapat bugs pada fungsi Stamina Mode, launcher sedikit lag serta agak berat, isu masalah Wifi pada android 4.1 kelihatan telah diselesaikan dalam kemaskini ini, masih tiada fungsi memindahkan aplikasi ke memori kad, dan beberapa bugs kecil lain.

Harus diingat ia masih dalam peringkat percubaan dan belum stabil sepenuhnya.Secara keseluruhan, DoomLord menyatakan firmware ini laju serta smooth dan tidak mempunyai masalah untuk digunakan.

SUMBER | XDA DEV

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here