Tiada Android 4.4 Kit Kat Untuk HTC One X+

1
406 views
views

Tiada Android 4.4 Kit Kat Untuk HTC One X+ – HTC | Pengguna HTC One X+ terpaksa menerima kenyataan bahawa smartphone mereka tidak akan menerima kemaskini Android 4.4 Kit Kat ataupun HTC Sense 6 selepas pihak HTC Belanda melalui twitter mereka menyatakan bahawa smartphone tersebut tidak akan menerima kemaskini android lagi selepas ini.

Ini bermaksud HTC One X+ akan terus kekal dengan Android 4.2.2 Jelly Bean dan HTC Sense 5.Ini juga membawa maksud bahawa siri HTC One X serta siri One S yang lain tidak akan menerima kemaskini yang serupa.Lebih malang, smartphone tersebut juga berkemungkinan besar tidak akan menerima kemaskini Android 4.3 Jelly bean dan HTC Sense 5.5.

Walaubagaimanapun, jawapan twitter daripada HTC Netherlands ini tidak mewakili sebarang kenyataan rasmi daripada pihak HTC sendiri dan berkemungkinan mengandungi kesilapan.Khabar angin yang tersebar sebelum ini ada menyatakan bahawa siri HTC One X akan dikemaskini ke Android 4.3 Jelly Bean, namun tidak diketahui bila.

SUMBER | VIA

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here