Sony Xperia Z2 Dengan Android 4.4 Kit Kat – “Sirius” Lebih Pintar Dengan Fungsi Baru

3
528 views
views

Sony Xperia Z2 Dengan Android 4.4 Kit Kat – “Sirius” Lebih Pintar Dengan Fungsi Baru | Menjelang pelancarannya, lebih banyak info mengenai Xperia Z2 codename “Sirius” tersebar, secara tidak langsung memberi gambaran mengenai smartphone terbaru milik SONY itu.

Dalam perkembangan terbaru, beberapa screenshot antaramuka Sony Xperia Z2 dikongsikan oleh pembangun di XDA DEV.Gambar-gambar tersebut menunjukkan smartphone tersebut menggunakan Android 4.4 Kit Kat dan dilengkapi dengan beberapa fungsi baru yang sangat menarik.

Antara fungsi baru yang dapat dilihat melalui screenshot tersebut ialah

rakaman 4K menerusi kamera 20.1 megapixel dan timeshift video

Rakaman video dengan resolusi 4K kini merupakan satu kemestian, mengikuti jejak langkah Samsung Galaxy Note 3, kini Xperia Z2 Sirius turut menyokong rakaman 4K.

2 Home Launcher

Xperia Z2 Sirius kini meyertakan 2 home launcher padanya iaitu Xperia Home (laucher asal yang terdapat pada smartphone Xperia) dan juga Simple Home ( launcher asas yang bertujuan untuk memudahkan pengguna Android baru untuk menggunakan smartphone SONY.

Dikhususkan untuk golongan tua dan mereka yang tidak mampu melihat jarak dekat dengan sempurna, Simple Home mempunyai icon serta tulisan yang besar untuk memudahkan golongan tersebut menggunakan Xperia Z2.

Display Option baru

Sony memasukkan ciri-ciri baru pada bahagian setting display Xperia Z2 dimana antaranya ialah Glove Mode yang membenarkan pengguna untuk menggunakan smartphone sambil memakai glove.Fungsi seumpama ini turut terdapat pada Xperia SOLA.

Selain itu Smart Backlight Control turut diperkenalkan, secara ringkasnya, ia menyerupai fungsi Smart Stay yang terdapat pada sesetengah smartphone Samsung.Skrin smartphone akan terus on apabila pengguna memandang skrin dan akan sleep dengan sendirinya apabila pandangan di alihkan dari skrin (mengikut tetapan masa yang pengguna tetapkan).

Smart Call Handling

Smart Call Handling merupakan satu fungsi dimana pengguna boleh mengawal panggilan telefon menggunakan pergerakan (motion).Antaranya ialah

– Untuk menjawab panggilan, pengguna hanya perlu menggerakkan phone ke muka (gaya angkat panggilan)
– Untuk tolak panggilan, pengguna hanya perlu goyangkan phone tersebut.
– Untuk silentkan ringtone, pengguna hanya perlu terbalikkan phone (skrin menghadap permukaan)

Double Tap to Wake

Fungsi ini menyamai fungsi yang terdapat pada Xperia Tablet Z dimana pengguna hanya perlu melakukan “Double tap” pada skrin untuk on kan skrin phone.

Answering Machine

Answering Machine berfungsi sebagai voice mail untuk pengguna.Mesej atau suara boleh ditetapkan pada bahagian setting.Dengan ada nya Answering Machine, voice mail telco tidak lagi diperlukan.

Notification Manager diperkenal, Tema baru

Sokongan tema telah pun diperkenalkan dalam kemaskini Android 4.3 Jelly bean sebelum ini dan ia diteruskan dalam kemaskini Android 4.4 kelak.Antara fungsi baru yang ada ialah notification manager yang membenarkan pengguna untuk mengawal notifikasi aplikasi mereka.

Aplikasi default SMS boleh dipilih

Ini merupakan ciri yang diperkenalkan oleh Google pada Android 4.4 Kit Kat dimana pengguna boleh menetapkan aplikasi sms kegemaran mereka.

Notification bar lutsinar + sokongan Quick Setting sebelah menyebelah

Antara ciri-ciri yang sangat menarik dan cantik pada pandangan kami, notification bar kini lutsinar dan quick setting baru diperkenalkan secara sebelah menyebelah.

Fungsi printing diperkenalkan

Fungsi print melalu smartphone kini dimasukkan ke dalam Xperia Z2 memudahkan lagi pengguna untuk melakukan cloud printing terus dari phone masing-masing.

What’s New diperkenal

What’s New merupakan ciri-ciri baru yang diperkenalkan oleh SONY, setakat ini tidak banyak info dikongsikan mengenai nya dan apa yang boleh dikatakan ialah ianya merupakan Google Now versi SONY dan boleh dilancarkan melalui long press pada butang home sama seperti cara untuk membuka Google Now.

Option “Close All” dimasukkan apabila butang recent app ditekan.

Butang recent apps telah pun diperkenalkan oleh SONY untuk smartphone Xperia mereka dan fungsi ini ditambah baik pada Xperia Z2 dimana ianya disertakan sekali dengan pilihan untuk Close All yang akan menutup kesemua recent apps secara sekaligus.

Garmin Navigon – Xperia Edition diperkenal untuk fungsi GPS

Bonus untuk pemilik Sony Xperia Z2 atau Sirius, Garmin Navigon diberikan secara percuma untuk tempoh 30 hari dari tarikh ia diaktifkan.Anda boleh memilih untuk terus membeli aplikasi ini selepas tamat tempoh percubaan.

S-Force Engine dimasukkan, Dual Speaker atas dan bawah

Kami tidak pasti mengenai S-Force Engine ini atau bagaimana ia berfungsi memandangkan maklumat yang dikongsikan agak terhad.Namun apa yang pasti, Sony Xperia Z2 “Sirius” akan dilengkapi dengan dua speaker diatas dan bawah.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi dan rekabentuk, kami telah pun menjelaskan nya dalam artikel Xperia Z2 Sirius terdahulu, antaranya ialah dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.2 inci dengan resolusi 1080p, Quad-core Snapdragon 800 MSM8974AB berkelajuan 2.3GHz, Android 4.4.2 Kit Kat, kamera belakang 20.1mp dan 2.1mp pada bahagian hadapan.

SUMBER | VIA

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here