Sony Xperia Z2 “Sirius” Bakal Dilengkapi 3GB Ram, Android Kit Kat, Skrin 1080p 5.2 Inci

6
536 views
views

Sony Xperia Z2 atau Sony “Sirius” merupakan smartphone terbaru Sony mobile yang dikatakan sebagai penyambung siri Xperia Z1, bakal dilengkapi dengan spesifikasi tinggi bagi memastikan smartphone tersebut boleh bersaing dengan model baru untuk tahun 2014 ini.

Dalam perkembangan terbaru, beberapa keping gambar serta spesifikasi Xperia Z2 dikongsikan di beberapa laman web teknologi sekaligus memberi gambaran yang lebih jelas mengenai model flagship Sony untuk 2014 ini.Masih mengekalkan rekabentuk seperti Xperia Z1, hanya beberapa perubahan kecil yang dapat dilihat.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Sony Xperia Z2 “sirius” akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.2 inci dengan resolusi 1080p, Quad-core Snapdragon 800 MSM8974AB berkelajuan 2.3GHz, Android 4.4.2 Kit Kat, kamera belakang 20.1mp dan 2.1mp pada bahagian hadapan.

Smartphone ini dijangka akan diperkenalkan pada acara MWC2014 kelak.Sama-sama kita nantikan.

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here