Sony Xperia E1 dan E1 Dual Diperkenalkan Secara Rasmi – Smartphone Walkman, Rekabentuk Premium

1
347 views
views

Sony Xperia E1 dan E1 Dual Diperkenalkan Secara Rasmi | Selain Sony Xperia T2 Ultra dan Xperia T2 Ultra Dual diperkenalkan secara rasmi, Sony Mobile turut memperkenalkan sebuah lagi smartphone mereka, iaitu Sony Xperia E1 dan juga E1 Dual (model dual-sim).

Sony Xperia E1 merupakan sebuah smartphone dengan rekaan premium seperti flagship device Sony iaitu Sony Xperia Z1 dan Xperia Z1 Compact.Ianya merupakan smartphone Walkman dari Sony yang dilengkapi dengan 100dB speaker yang sangat berkuasa disertakan dengan teknologi ClearAudio+  dan xLoud, berfungsi untuk menghasilkan bunyi yang seimbang dan terbaik dalam kelas nya.

Antara spesifikasi smartphone tersebut ialah :

-1.2GHz dual-core Snapdragon 200 processor
– 512MB Ram
– Skrin bersaiz 4 inci
– 4GB internal memori
– 1,700mAh battery

Jika anda seorang penggemar muzik, Sony Xperia E1 merupakan pilihan tepat untuk dimiliki memandangkan ia dioptimasi sepenuhnya sebagai smartphone walkman dan dilengkapi dengan butang hardware khas untuk fungsi tersebut.Buat masa ini tiada info rasmi dikongsikan mengenai harga dan tarikh jualan smartphone tersebut.

SUMBER | VIA

1 COMMENT

  1. Salam 1 malaysia.
    Saya nak tanye soalan…
    1. Bagaimana dual sim berfungsi? Adakah kedua2 sim online spt biasa?
    2. Kenapa harga single lebih mahal dari dual sim?
    3.apakah perbezaan diantara hp single sim dgn dual sim? Contoh z3.

    Harap otai dpt membantu kerana sy xpenah mgunakan sistem android. Sy hanya reti iphone shj.. Tq

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here