Samsung Lancar 4 Siri Galaxy Tablet Baru – Berkuasa Tinggi, Dilengkapi Processor Snapdragon 800

0
266 views
views

Samsung Lancar 4 Siri Tablet Baru – Berkuasa Tinggi, Dilengkapi Processor Snapdragon 800 | Acara CES 2014 awal pagi 7 Januari yang lalu menyaksikan Samsung memperkenalkan siri tablet terbaru mereka dimana kesemuanya menggunakan spesifikasi tinggi dan berada di dalam kelas High-end tablet.

4 model tersebut ialah Samsung Galaxy TabPRO 8.4, Galaxy TabPRO 10.1, Galaxy TabPRO 12.2 dan juga Galaxy NotePRO 12.2 . Samsung dilihat memfokuskan kepada pengeluaran tablet untuk fasa pertama tahun ini disamping dijangka akan melancarkan Samsung Galaxy S5 dan juga Galaxy F sebagai flagship phone mereka untuk tahun 2014.

Samsung Galaxy TabPRO 8.4

Merupakan sebuah tablet bersaiz 8.4 inci dengan spesifikasi canggih antaranya :

  • Size: 128.5 x 219 x 7.2 mm
  • Weight: 331g (Wi-Fi model) 336g (3G/LTE model)
  • 8.4-inch Super Clear LCD display with 2560 x 1600 resolution
  • 2.3GHz quad-core Snapdragon 800 processor
  • 2GB of RAM
  • 16/32GB storage
  • microSD support
  • 8-megapixel camera + Full HD video recording (60fps Snapdragon model, 30fps Exynos 5 Octa)
  • 2-megapixel camera
  • Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac
  • Bluetooth 4.0
  • USB 2.0
  • GPS + GLONASS
  • 4800mAh battery
  • Android 4.4 KitKat + TouchWiz  (including Galaxy NotePRO 12.2 software “Pro” features that don’t require a stylus)

Galaxy TabPro 8.4 boleh dikatakan sebagai tablet tercanggih dalam kelasnya mengatasi beberapa tablet terkenal lain seperti LG G Pad 8.3 dan Google Nexus 7 (2013) .Bahagian belakang tablet tersebut menggunakan kemasan leather sama seperti apa yang terdapat pada Galaxy Note 3.

Tablet ini didatangkan dengan beberapa software tambahan daripada Samsung seperti Magazine UX, Multi Window, Hancom Office, Remote PC, Cisco WebEX Meetings dan Samsung e-Meeting.Menyentuh mengenai soal harga , masih tiada pengumuman rasmi mengenai harga tablet tersebut.

Galaxy TabPRO 10.1

Sebuah tablet bersaiz 10.1 inci, seperti TabPro 8.4, tablet ini turut dilengkapi dengan spesifikasi canggih dan didatangkan dengan pakej aplikasi premium.Antara spesifikasi Galaxy TabPro 10.1 ialah :

  • 10.1-inch 2560×1600 display
  • 1.9GHz Exynos octa-core processor (Wi-Fi model)
  • 2.3GHz quad-core Snapdragon 800 processor (LTE model)
  • 2GB RAM
  • 8-megapixel rear camera
  • 2-megapixel front facing camera
  • Android 4.4 KitKat with Touchwiz
  • 8,220 mAh battery
  • 16/32GB storage expandable via microSD
  • IR blaster

Didatangkan dalam 2 versi iaitu LTE dan WiFi, kedua-duanya menggunakan processor yang berbeza dimana versi LTE dilengkapi dengan Snapdragon 800 berkelajuan 2.3GHz.Turut menggunakan kemasan Leather di bahagian belakang seperti Galaxy Note 3.Akan mula dijual pada awal tahun ini, buat masa ini tiada info rasmi mengenai harga yang akan ditawarkan.

Galaxy TabPRO 12.2

Siri ketiga dalam famili TabPro, bersaiz 12.2 inci dan turut menggunakan spesifikasi canggih, tablet ini merupakan tablet android terbesar mengatasi saiz kebanyakkan tablet iaitu 10 inci kebawah.Antara spesifikasi yang ada pada tablet ini ialah :

  • 12.2-inch 2560×1600 display
  • 1.9GHz Exynos 5 Octa processor (WiFi model)
  • 2.3 GHz Snapdragon 800 processor (LTE model)
  • 3GB RAM
  • 8-megapixel rear camera
  • 2-megapixel front facing camera
  • Android 4.4 KitKat with TouchWiz
  • 9,500mAh battery
  • 32/64GB storage expandable via microSD
  • IR blaster

Tidak banyak perbezaan dengan siri TabPro yang lain kecuali dari segi saiz skrin, saiz batteri dan beberapa perkara kecil lain.Juga dilengkapi dengan kemasan leather di bahagian belakang, masih tiada info rasmi mengenai harga yang akan ditawarkan untuk tablet ini.

Galaxy NotePRO 12.2

Samsung Galaxy NotePro 12.2 merupakan sebuah tablet berkuasa tinggi dilengkapi spesifikasi canggih seperti siri TabPro diatas, apa yang membezakan antara mereka ialah fungsi sokongan Stylus-Pen dimana hanya Galaxy NotePro 12.2 yang didatangkan dengan Stylus pen.NotePro 12.2 ini juga didatangkan dengan aplikasi premium memfokuskan kepada kerja.

  • 12.2-inch 2560×1600 display
  • 1.9GHz Exynos 5 Octa processor (Wi-Fi model)
  • 2.3 GHz Snapdragon 800 processor (LTE model)
  • 3GB RAM
  • 8-megapixel rear camera
  • 2-megapixel front facing camera
  • Android 4.4 KitKat dengan Magazine UX.
  • 9,500mAh battery
  • 32/64GB storage expandable via microSD
  • IR blaster
  • S Pen

Untuk tahun 2014 ini, Samsung mengambil pendekatan baru dalam memperkenalkan tablet mereka.Tiada lagi antaramuka TouchWiz diperkenalkan dan digantikan dengan Magazine UX yang boleh diubah setting nya mengikut citarasa pengguna.Kemasan plastik yang biasa digunakan pada tablet mereka sebelum ini digantikan dengan leather di bahagian belakang untuk menampakkan ia lebih ekslusif.

Satu langkah yang positif bagi kami dimana Samsung dilihat mendengar dan mengambil serius akan kritikan pengguna terhadap produk-produk mereka.Menyentuh mengenai tarikh penjualan, kesemua tablet ini akan mula dijual pada suku pertama tahun ini, namun tiada harga rasmi diumumkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here