Samsung Galaxy Note 3 N9005 Terima Android 4.4.2 Kit Kat Secara Rasmi

2
438 views
views

Samsung Galaxy Note 3 N9005 Terima Android 4.4.2 Kit Kat Secara RasmiĀ | Berita baik buat pengguna Samsung Galaxy Note 3 N9005 dimana kemaskini android 4.4 Kit Kat untuk smartphone tersebut telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh Samsung bermula hari ini.

credit : sammobile

Pengguna di Poland melaporkan mereka menerima kemaskini itu bermula hari ini dan firmware Android 4.4 tersebut telah pun dikongsikan oleh pihak Sammobile di laman web mereka.Untuk makluman, buat masa ini hanya Samsung Galaxy Note 3 N9005 sahaja yang telah dikemaskini iaitu GNote 3 yang menggunakan processor Snapdragon 800.

[alert type=”info”]IKUTI TUTORIAL CARA UPGRADE GALAXY NOTE 3 KE ANDROID 4.4.2 KIT KAT YANG TELAH KAMI SEDIAKAN[/alert]

Antara perubahan baru yang diterima ialah :

– Lockscreen baru akan memaparkan album art ketika muzik dimainkan.
– Lebih banyak Emoji boleh dipilih.
– Lebih smooth serta lancar berbanding Android 4.3
– Penggunaan RAM yang lebih baik.
– Shortcut kepada kamera pada lockscreen.
– Home Launcher ditambah baik.
– DLL

Setakat yang kami semak, pengguna Malaysia masih belum menerima kemaskini yang serupa memandangkan ianya dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara tertentu.Bagi yang malas menunggu melalui KIES ataupun OTA, anda boleh kemaskini phone masing-masing secara manual menggunakan Odin.

SUMBER | SAMMOBILE

Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here