Game Rasmi Filem Robocop Diperkenalkan Untuk Android – Review Ringkas

0
373 views
views

Menjelang tayangan rasmi filem RoboCop tidak lama lagi, GLU hari ini melancarkan game rasmi filem tersebut iaitu RoboCop di Play Store dan seperti kebanyakkan game milik mereka, ianya boleh di download secara percuma.

Game ini bersifat FPS (First Person Shooter) dimana anda akan memegang peranan sebagai RoboCop yang akan membanteras penjenayah serta menyelamatkan tebusan menggunakan senjata yang dibekalkan.Senjata lain boleh dibeli melalui sistem in-app purchase yang terdapat dalam game ini.

Kami telah pun mencuba game RoboCop ini menggunakan LG Nexus 5  (2.3GHz Snapdragon 800 processor, Adreno 330 CPU, Android 4.4.2 Kit Kat).Dilengkapi dengan grafik yang cantik, gameplay yang terdapat dalam permainan ini bagi kami sangat menarik dan sangat mudah untuk dimainkan.Saiznya juga tidak terlalu besar iaitu hanya sekitar 80MB.

Anda tidak perlu mengawal pergerakan RoboCop tersebut secara 100% dan cara menembak juga sangat mudah.Pendek kata, ia tidak akan membuatkan anda rasa tertekan untuk bermain.Link download boleh dijumpai di bahagian bawah artikel ini.

Mungkin kerana masih baru dilancarkan, terdapat beberapa bugs serta masalah kecil yang dapat dikesan antaranya, masih wujud lag ketika kami bermain game tersebut termasuk grafik yang kurang kemas dan tidak terlalu detail.Kami menjangkakan pihak GLU Mobile akan mengemaskini permainan tersebut supaya lebih stabil ketika dijalankan.

Download | RoboCop for Android

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here