Prototype Smartphone Android Nokia, Nokia Normandy Tersebar – Dilengkapi Android 4.4.1 Kit Kat, Kamera 5MP

0
416 views
views

Nokia Normandy, merupakan sebuah smartphone android milik Nokia yang bakal dikeluarkan oleh Nokia pada tahun ini.Khabar angin mengenai smartphone tersebut hangat diperkatakan sejak beberapa bulan yang lalu.Nokia Normandy dikatakan akan didatangkan dengan Android 4.4.2 Kit Kat dan merupakan smartphone Nokia pertama yang menggunakan Android.

Dalam perkembangan terbaru, beberapa keping gambar menunjukkan rupa bentuk smartphone tersebut menjalankan android 4.4 tersebar, sekaligus menguatkan lagi khabar angin yang menyatakan Nokia akan menggunakan Android sebagai sistem operasi smartphone mereka pada masa akan datang.

Mengikut khabar angin yang tersebar, Nokia Normandy akan dilengkapi dengan Android 4.4.2 Kit Kat , kamera 5MP di bahagian belakang dan skrin dengan resolusi 854×480.Setakat ini pihak Microsoft mahupun Nokia masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai smartphone ini, walaubagaimanapun, ramai menjangkakan Normandy akan dipertontonkan pada acara MWC Februari akan datang.

SUMBER | VIA

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here