Motorola Moto G Google Play Edition Diperkenalkan Secara Rasmi

0
469 views
views

Motorola Moto G Google Play Edition Diperkenalkan Secara Rasmi | Google hari ini menambah sebuah lagi model smartphone edisi Google Play iaitu Motorola Moto G, sebuah smartphone terbaik dalam kelas pertengahan dengan harga permulaan yang sangat murah.Moto G sebelum ini mendapat banyak pujian dan dinobatkan antara smartphone terbaik 2013.

Moto G Google Play Edition (GPE) masih mengekalkan spesifikasi yang sama seperti versi asal dan apa yang membezakan antara kedua-dua model ialah ia menggunakan stock android 4.4 Kit Kat.Antara spesifikasi lain smartphone ini ialah :

– Android 4.4 Kit Kat
– 1.2GHz Snapdragon 400 processor
– 1GB Ram
– 8/16GB internal memori
– 2070mAh battery
– Skrin HD 720p bersaiz 4.5 inci
– Kamera belakang 5MP + 1.3MP kamera hadapan

Smartphone ini akan mula dijual pada harga permulaan $180 untuk versi 8GB dan $200 bagi versi 16GB.Untuk rekod, Motorola Moto G versi asal telah pun mula dijual di Malaysia oleh beberapa penjual tempatan antaranya pihak Techbug yang menawarkan smartphone tersebut pada harga RM850 untuk versi 16GB.

sumber | via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here