Galaxy S4 19505 Bakal Terima Android 4.4 Kit Kat – Firmware Percubaan Tersebar

6
483 views
views

Galaxy S4 19505 Bakal Terima Android 4.4 Kit Kat – Firmware Percubaan Tersebar | Mungkin ini berita baik buat pengguna Galaxy S4 ( LTE khususnya) apabila firmware Android 4.4 Kit Kat untuk smartphone tersebut kini dalam peringkat percubaan. Ini menandakan Samsung bakal keluarkan kemaskini android baru tersebut dalam masa terdekat.

credit : sammobile

Krew sammobile berjaya mendapatkan firmware percubaan tersebut untuk di cuba sendiri oleh mereka.Beberapa screenshot menunjukkan tidak banyak perubahan yang dilakukan terhadap antara muka smartphone tersebut selain status bar kini lutsinar mengikut konsep yang diperkenalkan pada Android 4.4 Kit Kat, icon kini berwarna putih selain prestasi yang di tambah baik.

Namun ini hanya lah firmware percubaan dan samsung dijangka akan melakukan beberapa perubahan lagi untuk memastikan ianya benar-benar stabil sebelum dilepaskan kepada pengguna.Pihak Sammobile turut menyediakan link download serta arahan untuk install firmware tersebut pada phone.

Nasihat kami, jika anda berhajat untuk mencuba fimrware tersebut, pastikan anda mempunyai asas dalam perkara ini dan tahu apa yang perlu dilakukan.

SUMBER | SAMMOBILE

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here