Firmware Android 4.3 Xperia V Tersebar – Bakal Hadir Dalam Masa Terdekat

0
336 views
views

Firmware Android 4.3 Xperia V Tersebar – Bakal Hadir Dalam Masa Terdekat | Selepas firmware Android 4.3 Jelly Bean untuk Xperia SP , TX dan juga tersebar baru-baru ini, kali ini giliran firmware Android 4.3 untuk Xperia V tersebar dan sedia untuk dicuba oleh pengguna yang berminat.

Firmware Android 4.3 dengan Build Number 9.2.A.1.131 tersebut dikongsikan oleh krew EXR, krew yang sama bertanggungjawab menyebarkan firmware Android 4.3  untuk Xperia TX baru-baru ini.Antaramukanya masih mengekalkan antaramuka Android 4.3 yang sama seperti barisan Xperia lain yang menerima kemaskini tersebut sebelum ini.

Bagi yang berminat untuk mencuba firmware ini, pastikan anda telah unlocked bootloader smartphone masing-masing dan tahu apa yang perlu dilakukan.Rujuk bahagian sumber untuk link download.

SUMBER | XDA DEV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here