Firmware Android 4.3 Xperia TX Dan T Tersebar – Bakal Hadir Dalam Masa Terdekat

Firmware Android 4.3 Xperia TX Dan T Tersebar – Bakal Hadir Dalam Masa Terdekat | Selepas firmware Android 4.3 Xperia SP tersebar baru-baru ini, kini giliran firmware Xperia TX dan T pula tersebar, menunjukkan antaramuka yang bakal diterima oleh smartphone HD milik Sony tersebut.

Kedua-duanya walaubagaimanapun mempunyai build number yang berbeza antara satu sama lain walaupun merupakan dua model yang sama.Firmware yang dimiliki oleh Xperia TX mempunyai build number 9.2.A.1.131 , lebih baru berbanding apa yang dimiliki oleh Xperia T dengan build number 9.2.A.0.278.

Beberapa pengguna Xperia TX juga melaporkan bahawa firmware yang dimiliki oleh smartphone tersebut lebih smooth serta stabil serta tidak mempunyai apa-apa bugs padanya berbanding firmware 9.2.A.0.278 pada Xperia T.Namun kedua-duanya masih menggunakan antaramuka yang sama tanpa sebarang perubahan kecuali pada prestasi.

Firmware Xperia TX dikongsikan oleh krew The EXR Team of coders manakala firmware Xperia T pula dikongsikan oleh pembangun terkenal DoomLord.Masih tiada maklumat rasmi mengenai tarikh tepat untuk kemaskini ini dikeluarkan oleh Sony kepada pengguna.

Bagi yang berminat untuk mencuba firmware ini, pastikan anda telah unlocked bootloader smartphone masing-masing dan tahu apa yang perlu dilakukan.Rujuk bahagian sumber untuk link download.

SUMBER | XPERIA T | XPERIA TX

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here