Cara Update Galaxy Note 3 N9005 Ke Android 4.4.2 Kit Kat

7
916 views
views

Cara Update Galaxy Note 3 N9005 Ke Android 4.4.2 Kit Kat | Samsung Galaxy Note 3 N9005 telah pun menerima kemaskini android 4.4.2 Kit Kat bermula minggu ini dimana ianya dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara tertentu.

Antara negara yang telah menerima Android 4.4 Kit Kat secara rasmi ialah Poland dan setakat yang kami semak, pengguna Malaysia masih belum menerima kemaskini tersebut.Bagi yang malas menunggu melalui KIES ataupun OTA, anda boleh kemaskini phone masing-masing secara manual menggunakan Odin.

Bagi yang berminat boleh ikuti langkah-langkah dibawah :

[alert type=”info”]TUTORIAL INI HANYA UNTUK SAMSUNG GALAXY NOTE 3 N9005 SAHAJA![/alert] [alert type=”info”]SEGALA RISIKO ADALAH DIBAWAH TANGGUNGAN ANDA SENDIRI[/alert] [alert type=”info”]IKUTI SEGALA LANGKAH DENGAN TELITI DAN BERHATI-HATI[/alert]
CARA UPDATE GALAXY NOTE 3 N9005 KE ANDROID 4.4.2 KIT KAT

1- Pastikan driver Galaxy Note 3 N9005 telah pun diinstall pada komputer, cara paling mudah ialah dengan sambungkan phone pada KIES.
2- Download firmware phone anda kemudian extract dalam 1 folder (Download)
3- Download Odin 3.09 (Download)
4- Offkan phone anda dan masuk ke Download Mode (tekan volume down + home + power secara serentak)
5- Buka Odin tadi dan sambungkan phone pada komputer.
6- Tunggu Odin kesan phone anda dimana kotak ID:COM akan bertukar warna biru jika ianya berjaya.
7- Tick pada “Auto Reboot” , “F. Reset Time” dan “Phone Bootloader Update”.Jangan tick kotak lain.
8- Lihat pada bahagian AP, tekan dan isi dengan firmware .TAR.MD5 yang di download tadi.
9- Tekan start dan tunggu proses selesai.
10- Selesai.

Proses tersebut berjaya bila perkataan PASS ditunjukkan dan proses reboot mungkin akan mengambil sedikit masa, jadi harap bersabar.Tutorial ini juga boleh digunakan untuk format Galaxy Note 3 masing-masing jika anda menghadapi sebarang masalah dengan smartphone tersebut.

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here