Cara Root Galaxy Note 2 N7100 Android 4.3 Jelly Bean

15
1,616 views
views

Cara Root Galaxy Note 2 N7100 Android 4.3 Jelly Bean | Untuk memenuhi permintaan pembaca, dalam sesi tutorial kali ini kami akan tunjukkan cara root galaxy note 2 N7100 yang menggunakan android 4.3 Jelly Bean.Untuk rekod, kemaskini Android 4.3 Jelly Bean telah pun dikeluarkan oleh Samsung secara rasmi baru-baru ini.

Cara ini agak mudah dan tidak akan menaikkan status KNOX smartphone anda (baca apa itu Knox) .Bagi anda yang berminat, ikuti langkah-langkah root dibawah :

CARA ROOT SAMSUNG GALAXY NOTE 2 N7100

1- Buka Developer Option phone anda dengan cara pergi ke setting > build number > tekan 7 kali > kemudian tick pada USB Debugging.
2- Download file root Galaxy Note 2 dan extract pada desktop.
3- Sambungkan phone anda ke komputer.
4- Buka file root tadi, klik pada install.bat dan ikut arahan yang di paparkan.
5- Galaxy Note 2 anda akan reboot dengan sendiri apabila proses root berjaya.

Memandangkan Samsung memperkenalkan KNOX untuk kebanyakkan smartphone mereka yang mengggunakan Android 4.3 Jelly Bean , selepas root anda akan dapat lihat “Custom flag” dan Custom Padlock Open ketika proses restart/reboot dilakukan.Ianya menandakan anda telah mengubah sistem software phone tersebut seperti yang diterangkan dalam artikel “Apa Itu Samsung KNOX“.Ianya tidak berbahaya dan cuma bertindak sebagai tanda anda telah mengubah software phone tersebut.

Facebook Comments

15 COMMENTS

  1. camana nak tahu nset dah root ke bloom….bila dah ikut step n lepas reboot dah kuar superSU…xp bila cheak dkt root checker basic dia ckp xinstall lagi…camana nak buat…..ada cara lain

  2. Invalid Attachment specified. This can happen for a variety of reasons– most likely because the thread or post you are trying to view has been moved or deleted. Please return to the forum home and browse for another similiar post.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here