Install Aplikasi Background Defocus Xperia Z1 Compact Pada Smartphone Xperia Anda

3
819 views
views

Background Defocus merupakan aplikasi yang terdapat pada kamera Sony Xperia Z1 Compact, berfungsi untuk menghasilkan bokeh (kesan blur background) pada gambar yang diambil menggunakan kamera smartphone tersebut.

Diperkenalkan hanya untuk Xperia Z1 Compact buat masa ini, kini aplikasi tersebut boleh diinstall pada smartphone Xperia yang menggunakan Android 4.3 Jelly Bean keatas.

File APK Background Defocus tersebut berjaya dikongsikan oleh pembangun kepada pengguna Xperia lain.Setakat ini, kami difahamkan aplikasi tersebut berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah pada smartphone siri Xperia Z iaitu Z1, Z Ultra, Z, ZL, ZR termasuk Xperia Tablet Z.

Ianya berfungsi dengan cara menambahkan efek blur pada bahagian background gambar objek yang diambil.Rujuk video dibawah untuk lihat bagaimana ia berfungsi.Anda boleh download file apk aplikasi ini melalui link dibawah dan install seperti biasa untuk menggunakannya.

DOWNLOAD

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here