ASUS Zenfone 4, 5 Dan 6 Diperkenalkan Secara Rasmi – Dikuasakan Oleh Intel Atom Processor

2
727 views
views

ASUS Zenfone 4, 5 Dan 6 Diperkenalkan Secara Rasmi – Dikuasakan Oleh Intel Atom Processor | ASUS hari ini memperkenalkan siri smartphone terbaru mereka iaitu ASUS Zenfone yang menggunakan processor Intel Atom.3 model diperkenalkan utuk siri kali ini iaitu ASUS Zenfone 4 , Zenfone 5  dan juga Zenfone 6.

ASUS Zenfone 4

Merupakan sebuah peranti dengan skrin bersaiz 4 inci dan spesifikasi rendah.Smartphone ini dilengkapi dengan ciri-ciri seperti :

.  4” WVGA 800 x 480-pixel TFT display
·  Dual Core 1.2GHz Intel Atom Z2520 CPU with Quad-Thread Hyper-Threading Technology
·  Android 4.3 (will update to Android 4.4 KitKat)
·  5-megapixel rear camera
·  0.3-megapixel front camera
·  1GB RAM
·  1170mAh battery
·  Sokongan sdcard sehingga 64GB
·  Berat 115g

Asus Zenfone 4 didatangkan dengan 5 pilihan warna dan akan mula dijual pada harga $99 (RM330++).

ASUS Zenfone 5

Merupakan siri Zenfone dengan skrin bersaiz 5 inci.Mempunyai rekabentuk yang sama seperti Zenfone 4, Zenfone 5 dilengkapi dengan spesifikasi berikut :

·  5” HD 1280 x 720-pixel IPS display
·  2GHz Intel Atom Z2580 CPU with Quad-Thread Hyper-Threading Technology
·  Android 4.3 (akan dikemaskini ke Android 4.4 Kit Kat)
·  8-megapixel rear camera
·  2-megapixel front camera
·  1GB RAM
·  2050mAh battery
·  Sokongan sdcard sehingga 64GB
·  144g

Jika dilihat dari segi spesifikasi, Zenfone 5 merupakan smartphone dalam kelas pertengahan dengan processor Intel Atom berkelajuan 2GHz. Skrin pada smartphone ini turut dioptimasi supaya boleh digunakan bersama pen stylus ataupun glove.Untuk bahagian kamera pula, ia dilengkapi dengan ciri-ciri image stabilization, backside-illumination (BSI) sensor dan wide-aperture f/2.0 lens disertakan sekali dengan teknologi ASUS PixelMaster technology.Ianya direka untuk mengambil gambar dengan kualiti terbaik walaupun dalam keadaan kurang cahaya.

ASUS Zenfone 5 akan mula dijual pada harga 149 US Dollar dan didatangkan dalam 5 pilihan warna iaitu Charcoal Black, Pearl White, Cherry Red, and Champagne Gold.

ASUS Zenfone 6

Merupakan smartphone tercanggih dalam siri Zenfone dimana ianya dilengkapi dengan spesifikasi tinggi seperti dibawah :

·  6inch HD 1280 x 720-pixel IPS display
·  Dual core 2GHz Intel Atom Z2580 CPU with Quad-Thread Hyper-Threading Technology
·  Android 4.3 (akan dikemaskini ke android 4.4 Kit Kat)
·  13-megapixel rear camera
·  2-megapixel front camera
·  1GB RAM
·  3230mAh battery
·  Sokongan sdcard sehingga 64GB
·  200g

Dengan spesifikasi yang dimiliki, ia meletakkan Zenfone 6 dalam siri high-end phone.Smartphone ini turut dilengkapi dengan teknologi PenTouch dan juga GloveTouch pada skrin nya, pengguna boleh menggunakan pen atau pensil pada phone tersebut dan juga glove.

Menyentuh mengenai soal kamera 13MP pada phablet ASUS ini, ia disertakan sekali dengan teknologi ASUS PixelMaster menjadikan gambar pada waktu malam dan gelap lebih baik serta cerah.Zenfone 6 turut dilengkapi dengan ASUS SonicMaster audio + Virtual Sorround menjadikan pengalaman mendengar muzik, menonton video dan bermain games lebih baik melalui headphone atau speaker.

Peranti ini boleh didapati dalam 4 warna pilihan iaitu Charcoal Black, Pearl White, Cherry Red dan Champagne Gold pada harga permulaan $199.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here