Aplikasi Android Terbaik : Dodol Locker Jadikan Smartphone Anda Lebih Menarik

2
427 views
views

Aplikasi Android terbaik 2014 pilihan kami kali ini ialah sebuah aplikasi lockscreen yang agak menarik serta patut dicuba oleh anda.Menggunakan nama yang agak menarik iaitu Dodol Locker, sebelum anda salah faham, suka untuk kami jelaskan bahawa ia bukan lah milik pembangun tempatan dan bukan menggunakan nama kuih tradisional Malaysia.

Kami telah mencuba pelbagai aplikasi lockscreen dan hampir tiada yang dapat memberi kepuasan sebenar ketika digunakan.Namun, Dodol locker menampilkan kelainan tersendiri dan membuatkan kami rasa agak kagum dengan prestasi aplikasi ini.

Mempunyai antaramuka yang ringkas serta minimal, pengguna boleh memuat turun pelbagai tema, menukar wallpaper, menukar font pada lockscreen dan pelbagai perkara lain yang boleh dijumpai pada bahagian tetapan.

Berfungsi tanpa sebarang isu mahupun masalah, ia boleh di download secara percuma terus dari Google Play Store.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here