Acer Memperkenalkan Desktop Android Bersaiz 27 Inci – Dilengkapi Android 4.2,Tegra Processor

1
576 views
views

Acer Memperkenalkan Desktop Android Bersaiz 27 Inci | Acer mengambil langkah dengan memperkenalkan desktop terbaru mereka dengan menggunakan Android Jelly Bean sebagai sistem operasi, berbeza dengan model lain di pasaran yang dilengkapi dengan sistem operasi Windows.

Desktop bersaiz 27 inci dikuasakan oleh Android mungkin sesuatu yang agak baru bagi pengguna dan agak menarik sebenarnya.Acer TA272 HUL AIO Android Desktop didatangkan dengan skrin bersaiz 27 inci dengan resolusi 2560×1440 WQHD.Antara spesifikasi desktop android tersebut ialah ia menggunakan Android 4.2 Jelly Bean, 1GB Ram, Nvidia Tegra quad-core processor, 16GB SSD selain fungsi wifi.

Tidak banyak yang dikongsikan oleh Acer mengenai spesifikasi desktop terbaru mereka itu, namun ia dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada acara CES2014 yang akan datang.Menyentuh mengenai soal harga jualan, desktop ini akan mula dijual pada harga $1099.

SUMBER | Digital Trend | ACER

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here