Xperia L Bakal Terima Android 4.3 Jelly Bean ? – Firmware 15.3.A.1.12 Bakal Dikeluarkan

Xperia L Bakal Terima Android 4.3 Jelly Bean ? – Firmware 15.3.A.1.12 Bakal Dikeluarkan | Sony Xperia L dilaporkan bakal menerima kemaskini firmware baru build number 15.3.A.1.12 tidak lama lagi dimana kemaskini tersebut telah pun disenaraikan dalam laman web PTCRB.

Firmware 15.3.A.1.12 ini dikatakan berkemungkinan Android 4.3 Jelly bean, namun jika dilihat dari senarai smartphone Sony yang akan menerima kemaskini Android 4.3 Jelly bean, Xperia L sebenarnya dikecualikan daripada menerima kemaskini tersebut.

Kemaskini kali ini berkemungkinan dikeluarkan hanya untuk menyelesaikan bugs yang ada pada firmware sebelum ini serta meningkat lagi prestasi smartphone tersebut.Sama-sama kita nantikan.

SUMBER | PCRB

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here