Sony Bakal Keluarkan Lebih Banyak Model Baru Tahun Depan – Xperia D200X, D210X, D230X Dan SGP521 Disenarai | Sebelum ini, Sony dijangka bakal mengeluarkan 3 model baru iaitu Xperia D6503, D5303 dan D5322.Dimana salah sebuah daripada 3 model tersebut dikatakan sebagai flagship phone milik Sony untuk tahun 2014.
Dalam satu perkembangan terbaru, 3 lagi model dikesan bakal dikeluarkan dimana kesemuanya disenaraikan di laman web Postel.id.Xperia D200X, D210X dan D230X bakal menyusul pada tahun hadapan menyertai 3 model awal yang dinyatakan diatas.
Selain 3 model tersebut, sebuah lagi model dengan code number SGP521 turut bakal dikeluarkan dan dikatakan sebagai sebuah tablet penyambung siri kejayaan Sony Xperia Tablet Z.
Kesemua tujuh model ini berkemungkinan akan diperkenalkan diantara bulan Februari 2014 (MWC2014) sehingga April 2014 (CES2014) dimana antara yang paling dinantikan oleh peminat ialah pengumuman Sony Xperia Z1 Mini.Sama-sama kita nantikan.
SUMBER | POSTEL.ID
[…] model baru yang dijangka bakal diperkenalkan oleh Sony untuk tahun ini.Smartphone tersebut antara 7 model baru yang disenaraikan di dalam laman web PTCRB dimana kedua-duanya merupakan model smartphone dengan […]
[…] yang lebih hebat atau setara Xperia Z1 kecuali Xperia Z1 Mini.Beberapa maklumat mengenai model baru Sony telah pun tersebar dimana syarikat tersebut dijangka akan mengeluarkan 6 smartphone termasuk sebuah […]