Sony Xperia Z , ZL Dan ZR Terima Android 4.3 Jelly Bean Secara Rasmi

34
1,756 views
views

Sony Xperia Z , ZL Dan ZR Terima Android 4.3 Jelly Bean Secara Rasmi | Blog rasmi Sony Mobile hari ini mengumumkan bahawa Android 4.3 Jelly bean untuk barisan Sony Xperia Z siri iaitu Z , ZL , ZR dan Xperia Tablet Z telah pun dikeluarkan secara rasmi kepada pengguna di seluruh dunia.

sumber : Sony Mobile

Setakat ini antara negara yang telah menerima kemaskini tersebut ialah Brazil untuk model Xperia ZL dan juga Belanda.Untuk mendapatkannya, anda boleh semak melalui PC Companion, Sony Update Service (SUS) ataupun melalui OTA (Update Centre) pada smartphone masing-masing.

Beberapa perubahan besar dapat dilihat dalam Android 4.3 kali antaranya ialah :

– Project Butter , prestasi phone ditambah baik.
– UI baru
– Ciri-ciri  Sony’s Smart Social Camera dimasukkan.
– Aplikasi asal Sony dikemaskini dan ditambah baik.
– Aplikasi Media Sony seperti Walkman, Album dan Movies kini diintegrasikan dengan Cloud Service.
– Xperia Theme dengan sokongan icon pack diperkenalkan.
– Sekuriti pada smartphone ditambah baik.

Kemaskini ini dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara dan anda boleh menyemak kemaskini untuk phone masing-masing melalui Update Centre yang terdapat pada menu aplikasi atau melalui PC Companion untuk mengemaskini phone.

SUMBER | Sony Mobile

34 COMMENTS

  1. xperia zl selepas guna flash tool utk flash firmware 4.3 c6503 [official leaked] bagaimana nak update ke 4.3 c6502?dah guna pc companian x blh.,tk t.t

  2. salam…selepas update kepada 4.3, wifi & mobile internet saya tidak dapat digunakan..ada jalan penyelesaiaan tak??…Minta bantuan yee….Terima kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here