Samsung Galaxy S3 LTE 19305 Terima Android 4.3 Secara Rasmi

11
774 views
views

Samsung Galaxy S3 LTE 19305 Terima Android 4.3 Secara Rasmi | Selepas kemaskini Android 4.3 Galaxy S3 ditarik balik sebelum ini disebabkan firmware yang bermasalah, Samsung akhirnya mengeluarkan kemaskini baru untuk smartphone tersebut.

Samsung Galaxy S3 I9305 LTE dilaporkan menerima kemaskini android 4.3 Jelly bean bermula hari ini dimana ianya dikeluarkan kepada pengguna di Jerman terlebih dahulu dan diikuti oleh negara lain dalam masa terdekat.

Antara perubahan yang dapat dilihat dalam kemaskini kali ini ialah :

– Antaramuka baru menyerupai Samsung Galaxy S4.- TRIM Support berfungsi untuk melancarkan serta menjadikannya lebih smooth tanpa lag.
– Sokongan ANT+
– Keyboard Samsung baru .
– GPU Drivers dikemaskini- lebih baik berbanding sebelum ini.
– Lockscreen baru- Ripple effect kini lebih smooth.
– Screen modes baru dimasukkan – menyerupai Galaxy S4.
– Ciri-ciri Move-to-SD-card dimasukkan.
– Camera Mode baru -Sound and Shot
– Notification Centre ditambah baik.
– Antaramuka baru diperkenalkan pada bahagian Setting – menyerupai Galaxy S4.
– Ciri-ciri Voice Control dimasukkan sama seperti Galaxy S4
– Aplikasi Samsung baru – Calculator, Clock, Contacts, Gallery, Music
– S-Voice baru.

Jika dilihat pada ciri-ciri baru yang diperkenalkan , Samsung mengambil langkah memasukkan ciri-ciri Galaxy S4 pada Galaxy S3 dan menjadikannya lebih baik.

Setakat yang kami semak, pengguna di Malaysia masih lagi belum menerima kemaskini ini dan seperti biasa anda boleh flash firmware rasmi Android 4.3 Jelly bean secara manual menggunakan Odin.Ini tidak akan merosakkan waranti anda memandangkan ianya adalah kemaskini rasmi milik Samsung.

sumber | sammobile

Facebook Comments

11 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here