Review Kelebihan Dan Kekurangan Ninetology U9R1

6
1,436 views
views

Review Kelebihan Dan Kekurangan Ninetology U9R1 | Kami berkesempatan untuk melakukan sebuah lagi review smartphone milik Nineotology iaitu Ninetology U9R1 , sebuah smartphone yang baru sahaja dilancarkan serentak bersama pelancaran Ninetology Smart Ecology 2 baru-baru ini.

Ninetology U9R1 merupakan smartphone dalam kelas pertengahan dilengkapi spesifikasi menarik serta mempunyai rekabentuk yang sangat selesa di pegang selain amat ringan.Dalam review kali ini kami hanya akan menyentuh perkara-perkara penting yang perlu anda beri perhatian ketika memilih smartphone.

[alert type=”info”]DAPATKAN REBAT DISKAUN RM200 APABILA ANDA SIGN UP UNTUK NEWSLETTER NINETOLOGY.HANYA MASUKKAN EMAIL ANDA PADA BANNER DIBAWAH UNTUK MELAYAKKAN DIRI.TERHAD KEPADA 100 PEMBACA SAHAJA![/alert]
SPESIFIKASI NINETOLOGY U9R1
VERSI ANDROID 4.1 JELLY BEAN
PROCESSOR/RAM QUAD-CORE 1.2GHz Snapdragon 200 + 1GB RAM
CAMERA 8MP + 2MP BAHAGIAN HADAPAN ( Autofocus, HDR, LED flash)
SAIZ SKRIN 4.3 inci
SAMBUNGAN WIFI , BLUETOOTH 4.0
BATTERY 1600mAh
BERAT 108 GRAM
MEMORI 4GB INTERNAL MEMORI + SDCARD 32GB
SIM KAD DUAL-SIM
CIRI-CIRI LAIN 3G Video Call, Dual SIM,Premium Gift Box
PREINSTALL APPS Facebook, WeChat, Google +, Google Hangouts,File Manager, Adobe Reader, ThinkFree Office Viewer NQ Mobile Security, NQ Vault, M Warranty. 3G Video Call, Dual SIM
HARGA RM799
REKABENTUK NINETOLOGY U9R1

Menyentuh soal rekabentuk, U9R1 menggunakan kemasan plastik di bahagian belakang namun masih selesa dipegang dan tampak elegan dengan warna merah terang dipadankan dengan butang volume dan on/off berwarna hitam.Bersaiz 4.3 inci, ini merupakan saiz ideal bagi anda yang inginkan smartphone bersaiz tidak terlalu kecil atau terlalu besar.Speaker yang terletak di bahagian belakang juga mempunyai kualiti yang agak baik bagi kami.

PROCESSOR 1.2GHz SNAPDRAGON 200

Salah satu kelebihan yang ada pada Ninetology U9R1 ini ialah, ia menggunakan processor Snadragon 200 berkelajuan 1.2GHz , Adreno 205 dan 1GB ram, ini menjadikan smartphone tersebut laju dan pantas.Segala-galanya dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.Sesuatu yang agak mengkagumkan kami sebenarnya apabila sebuah smartphone kelas pertengahan mempunyai prestasi yang agak baik berbanding model jenama lain dalam kelas yang sama.

Smartphone ini juga mampu menjalankan beberapa game HD seperti Temple Run tanpa sebarang masalah, namun tidak sesuai untuk digunakan bagi bermain permainan HD high-end seperti Asphalt 8, Real Racing 3 dan lain-lain atas beberapa sebab seperti, ruang storan dalaman yang terhad iaitu sekitar 4GB sahaja.

Akan tetapi harus diingat bahawa smartphone ini merupakan model kelas pertengahan dan bukan high-end phone yang mampu melakukan segala-galanya.

8MP KAMERA UTAMA + 2MP KAMERA HADAPAN

Menggunakan kamera 8MP meletakkan U9R1 setaraf dengan beberapa model jenama terkenal yang lain seperti Samsung Galaxy S3 , Sony Xperia L , Xperia SP termasuk android phone terbaik 2013 iaitu Nexus 5.Apa yang kami boleh katakan, untuk jenama yang baru sahaja menyertai pasaran smartphone, Ninetology melakukan sesuatu yang cemerlang dimana mampu menghasilkan sebuah smartphone dengan camera terbaik dan mampu menandingi beberapa jenama lain seperti Samsung Galaxy S3.

Gambar yang terhasil melalui kamera 8MP pada Ninetology U9R1 cukup baik dan boleh dikatakan sangat cantik serta agak sharp.Lihat contoh dibawah :

Mode biasa pada kamera 8MP U9R1
HDR Mode menggunakan U9R1
Mode HDR pada U9R1
Normal Mode menggunakan U9R1
STOCK ANDROID 4.1 JELLY BEAN

Seperti kebanyakkan model-model Ninetology, kesemuanya didatangkan dengan stock android tanpa bloatware.Mempunyai antaramuka yang ringkas, minimal serta tidak berat, memberikan kelebihan untuk smartphone ini.Segala-galanya terasa pantas terutama ketika proses navigasi , membuka aplikasi dan lain-lain.

Ninetology menambah sedikit fungsi pada U9R1 untuk memudahkan pengguna antaranya ialah fungsi Quick Setting pada bahagian notification bar , memberi akses pantas ke beberapa setting phone.

BATERI 1600mAh

Pertama kali memegang serta melihat spesifikasi U9R1 ini, apa yang terlintas dalam fikiran kami ialah, mampukah bateri bersaiz 1600mAh ini bertahan sepanjang penggunaan.Pihak Ninetology menyatakan smartphone ini mampu bertahan 8 jam (talk time) dan 177 jam (standy mode).

Sepanjang kami menggunakan smartphone ini, dengan penggunaan normal (mobile data on 24 jam, screen brightness full, check email, fb, twitter, instagram dan lain-lain) U9R1 mampu bertahan selama 10 jam dengan purata screen on time sekitar 2 jam lebih.Sesuatu yang agak baik untuk sebuah smartphone dengan bateri kecil.

 

HARGA NINETOLOGY U9R1

Anda boleh mendapatkan smartphone ini daripada pengedar yang sah pada harga permulaan RM799.Rebat diskaun turut disediakan untuk mereka yang layak.

DAPATKAN BAUCER REBAT RM200 SECARA PERCUMA APABILA ANDA MELANGGAN NEWSLETTER DI BAWAH

Review Ninetology U9R1 ini dibawa khas dengan kerjasama pihak Ninetology dimana mereka turut bersetuju untuk menawarkan baucer rebat percuma untuk para pembaca kami di soleheen.com.Anda hanya perlu melanggan Newsletter dibawah untuk mendapatkan baucer bernilai RM200.Cara untuk sign up :

1- Klik banner untuk pergi ke halaman sign-up.
2- Masukkan email anda untuk melayakkan diri mendapatr rebate tersebut.

KESIMPULAN

Dibawah ini kami ringkas kan review ini dan membahagikan kepada dua bahagian iaitu kelebihan dan juga kekurangan Ninetology U9R1 ini, jom lihat samada berbaloi atau tidak untuk mendapatkan smartphone ini.

KELEBIHAN NINETOLOGY U9R1

1- Rekabentuk serta kualiti binaan badan yang cantik serta tampak elegan.
2- Ringan, selesa dipegang.
3- Menggunakan processor Snapdragon 200, sesuatu yang tidak terdapat pada model kelas pertengahan yang lain.
4- Kualiti kamera pada tahap terbaik dalam kelas nya.
5- Dual-sim memberikan kelebihan kepada pengguna.
6- Stock android 4.1 Jelly bean.
7- Snapdragon Battery Guru sedia terinstall dalam phone ni, sekaligus dapat membantu menjimatkan batteri.
8- Didatangkan dengan pakej premium dimana anda akan mendapat cover phone serta screen protector percuma dari Ninetology.
9- Rebat diskaun disediakan buat mereka yang layak.

KEKURANGAN NINETOLOGY U9R1

1- Masih terdapat sedikit lag namun tidak ketara apabila terlalu banyak aplikasi diinstall ( noticable lag).
2- Bateri yang kecil.
3- Mengambil masa yang agak lama untuk di cas penuh.
4- Dengan harga permulaan RM799, smartphone ini terpaksa bersaing dengan beberapa model lain yang mempunyai spesifikasi lebih baik.

Menyentuh soal kekurangan yang terdapat pada model ini, ianya bukan kekurangan yang besar memandangkan ianya hanya sebuah smartphone  dalam kelas pertengahan.

VIDEO REVIEW KELEBIHAN DAN KEKURANGAN U9R1
[alert type=”info”]JANGAN LUPA DAPATKAN REBATE DISKAUN BERNILAI RM200 MELALUI BANNER DIATAS.SIGN UP EMAIL ANDA UNTUK NEWS LETTER DARI NINETOLOGY UNTUK MELAYAKKAN ANDA MENDAPATKAN REBAT TERSEBUT.[/alert]

6 COMMENTS

  1. Mengenai apa yang admin tulis kat bahagian kekurangan, bolehkah saya mengetahui apakah model lain yang mempunyai spesifikasi lebih baik mampu bersaing dengan smartphone ini dengan harganya? Thanks

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here