Oppo N1 CyanogenMod – Smartphone Pertama Dilengkapi Rom CyanogenMod

0
366 views
views

Oppo N1 CyanogenMod – Smartphone Pertama Dilengkapi Rom CyanogenMod | Mungkin ramai diantara anda yang tahu bahawa rom CyanogenMod merupakan antara rom paling terkenal diantara kebanyakkan rom yang ada pada hari ini.Mempunyai antaramuka dan fungsi sama seperti stock android akan tetapi dilengkapi dengan fungsi yang lebih advance .

CyanogenMod sebenarnya lebih menarik dimana ianya dioptimasi sepenuhnya bagi membolehkan pengguna mengawal keseluruhan sistem phone.Fungsi yang ditawarkan boleh dikatakan sebagai 2 kali ganda lebih advance dimana anda boleh menetapkan tetapan mengikut citarasa masing-masing ( install full theme, mengawal cpu, privacy guard untuk kawal privasi, button configuration iaitu mengawal phone anda melalui butang khas dan beberapa fungsi lain).

Kini Oppo tampil memperkenalkan Oppo N1 sebagai smartphone pertama yang dipasarkan menggunakan rom CyanogenMod dan telah pun diperakui oleh Google.Ini bermakna smartphone tersebut dilengkapi dengan aplikasi asal Google secara rasmi.

Antara spesifikasi ringkas smartphone ini ialah ia menggunakan skrin bersaiz 5.9 inci 1080p HD(317ppi), 1.7GHz Qualcomm Snapdragon 600 processor,  3,610mAh battery, 16GB/32GB internal memori, 2GB RAM dan 13MP camera.Apa yang menariknya, kamera yang terdapat pada Oppo N1 CyanogenMod boleh dipusing dan diterbalikkan dari bawah ke atas pada 206 darjah termasuk disertakan dengan ciri-ciri Beautify (mencantikkan gambar) dan slow shutter mode (untuk gambar yang lebih baik ketika keadaan kurang pencahayaan)

Salah satu perkara menarik yang didatangkan bersama smartphone ini, anda boleh sentuh dan kawal phone (navigate) melalui bahagian belakang dimana terdapat satu kawasan berbentuk segi empat di bahagian belakang yang berfungsi seperti skrin sesentuh dan membenarkan anda untuk mengawal phone tanpa perlu sentuh skrin phone.

Oppo N1 dibuat daripada bahan seakan “seramik” yang direka khas dan berfungsi sebagai anti kesan cap jari serta menjadikan sentuhan menjadi lebih smooth.Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Disember 2014 akan datang, walaubagaimanapun, masih tiada pengumuman atau maklumat rasmi mengenai harga yang akan ditawarkan oleh Oppo untuk model ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here