Ninetology Smart Ecology 2 – Dapatkan Rebate Bernilai RM200 Dengan Mengitar Semula Smartphone Lama Anda

2
564 views
views

Ninetology Smart Ecology 2 merupakan sebuah kempen terbaru daripada pihak Ninetology dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society (MNS)) dimana mereka memfokuskan kepada program kitar semula smartphone lama dan menukarnya dengan pemberian rebat bernilai RM200 untuk pembelian model-model smartphone Ninetology yang di tawarkan.

Baru-baru ini bertempat di Empayar Mall Subang , satu majlis pelancaran rasmi kempen Ninetology Smart Ecology 2 diadakan serentak bersama pelancaran rasmi smartphone terbaru milik Ninetology iaitu Ninetology U9R1.Turut sama hadir ialah pengarah MNS iaitu Dato’ Shah Redza dan juga Sean Ng selaku CEO Ninetology Asia.

Dato Shah Redza
Antara selebriti yang dijemput ketika majlis pelancaran Smart Ecology 2

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa komponen yang terdapat pada smartphone anda sebenarnya boleh menyebabkan pencemaran alam yang serius jika ianya tidak diuruskan dengan baik.

Untuk mengurangkan risiko pencemaran akibat pembuangan yang tidak terurus, Ninetology melancarkan kempen Smart Ecology 2 dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dimana sepanjang kempen ini dijalankan , mereka akan mengumpulkan smartphone lama dan akan diserahkan kepada pihak MNS untuk diuruskan menggunakan kaedah Green Recycling disamping memberikan rebat bernilai RM200 kepada pengguna.

Kempen ini disasarkan kepada 3 golongan iaitu untuk orang awam , pelajar dan juga remaja berumur antara 18-30 tahun dimana bagi mereka yang berminat, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di laman web Ninetology ( ninetology.com/echannel  )

[alert type=”info”]Orang Awam – Trade In phone lama untuk mendapatkan rebat [/alert]
Antara model smartphone yang ditawarkan
[alert type=”info”]Pelajar – Rebat diberikan percuma tanpa perlu Trade In[/alert]
Model smartphone yang ditawarkan untuk golongan pelajar
[alert type=”info”]Remaja 18-30 tahun – Rebat diberikan percuma tanpa perlu Trade In [/alert]
Smartphone yang ditawarkan untuk golongan remaja
BAGAIMANA CARA MENDAPATKAN REBAT ?
CARA MENDAPATKAN REBAT UNTUK PELAJAR DAN REMAJA
Cara mendapatkan rebat untuk Orang Awam
NINETOLOGY U9R1

NINETOLOGY U9R1 merupakan antara siri smartphone terbaru milik Ninetology yang berada di dalam kelas pertengahan.Smartphone ini dilancarkan secara rasmi pada majlis yang sama di mana para jemputan diberi peluang untuk mencuba serta melihat dengan lebih dekat mengenai smartphone ini.

Kami akan membawakan review Ninetology U9R1 dalam masa terdekat ini.Berikut adalah spesifikasi smartphone tersebut :

TARIKH PENDAFTARAN

Bagi anda yang berminat, pastikan anda mendaftar sebelum 31 Januari 2014 memandangkan kempen ini berlangsung sehingga ke tarikh tersebut.Lawati laman web Ninetology di ninetology.com/echannel untuk urusan pendaftaran.

INFO LANJUT

Dapatkan lebih banyak info mengenai kempen Smart Ecology 2 ini melalui laman web serta Facebook Page Ninetology dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) melalui link berikut :

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here