LG G Pad 8.3 Google Edition Diperkenalkan – Dilengkapi Android 4.4 Kit Kat

LG G Pad 8.3 Google Edition Diperkenalkan – Dilengkapi Android 4.4 Kit Kat | Serentak bersama pengumuman Sony Xperia Z Ultra Google Edition, Google turut sama memperkenalkan LG G Pad 8.3 versi Google yang dilengkapi dengan stock pure Android 4.4 Kit Kat.

LG G Pad 8.3 merupakan tablet pertama yang dijadikan sebagai Google Edition yang mana sebelum ini hanya smartphone sahaja yang diperkenalkan iaitu Samsung Galaxy S4 GE , HTC One GE dan Sony Xperia Z Ultra GE.Tablet bersaiz 8.3 inci ini dilengkapi dengan Quad-core Snapdragon 600 processor berkelajuan 1.7GHz , 8.3-inch 1920 x 1200 display, 16GB memory, 2GB RAM,  5.0/1.3MP camera dan 4,600mAh battery.

Ini merupakan pilihan tepat bagi anda yang inginkan tablet yang tidak terlalu kecil atau terlalu besar dan dilengkapi dengan stock android seperti siri Nexus yang lain.LG G Pad 8.3 telah mula dijual di US serentak bersama Sony Xperia Z Ultra GE dengan harga permulaan $349.99 USD ( RM1125).Buat masa ini, masih tidak diketahui mengenai status jualannya untuk versi International.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here