Kemaskini Android 4.3 Untuk Xperia Z1 Dan Xperia Z Ultra Kini Rasmi – Sony Mobile | Sony Mobile melalui blog rasmi mereka hari ini mengumumkan bahawa kemaskini android 4.3 Jelly Bean untuk Sony Xperia Z1 dan juga Xperia Z Ultra kini mula dikeluarkan secara rasmi kepada pengguna.
Antara perubahan yang terdapat pada Android 4.3 Jelly Bean ini ialah :
– Project Butter , prestasi phone ditambah baik.
– UI baru
– Xperia Z Ultra terima Sony’s Smart Social Camera
– Aplikasi asal Sony dikemaskini dan ditambah baik.
– Aplikasi Media Sony seperti Walkman, Album dan Movies kini diintegrasikan dengan Cloud Service.
– Xperia Theme dengan sokongan icon pack diperkenalkan.
– Sekuriti pada smartphone ditambah baik.
Kemaskini ini dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara dan anda boleh menyemak kemaskini untuk phone masing-masing melalui Update Centre yang terdapat pada menu aplikasi atau melalui PC Companion untuk mengemaskini phone.
Sumber | Sony Mobile
Mana zr ni..
Jangankan ZR, Z dgn ZL pun belum dapat rasmi lagi.