HTC Mengumumkan HTC Desire 400 Dual Sim – Skrin 4.3 Inci, 1.2 GHz Snapdragon 400 Processor

0
458 views
views

HTC Mengumumkan HTC Desire 400 – Skrin 4.3″ , 1.2 GHz Snapdragon 400 Processor | HTC dilaporkan telah pun melancarkan secara senyap smartphone terbaru mereka dalam kelas pertengahan iaitu HTC Desire 400 yang merupakan model dengan sokongan dual-sim.

HTC Desire 400 Dual Sim dikesan disenaraikan di dalam laman web mereka di negara-negara tertentu dan apa yang menariknya, setiap model mempunyai spesifikasi yang berbeza antara satu sama lain.HTC Russia menyenaraikan HTC Desire 400 dengan spesifikasi 4.3 inci skrin, 1.2 GHz quad-core Snapdragon 400 processor, 1 GB RAM, 8 megapixel + LED flash, kamera hadapan 1.6 megapixel, 4 GB memory + microSD slot serta bateri bersaiz 1,800mAh.

Manakala laman web HTC Ukraine menyenaraikan model yang sama dengan spesifikasi berbeza di mana ia dilengkapi dengan 5MP camera, VGA Camera pada bahagian hadapan dan Dual-core processor termasuk mempunyai dimensi rekabentuk berlainan.

Sehingga kini tiada pengumuman rasmi di buat mengenai harga yang akan ditawarkan untuk model tersebut dan soal mengenai penjualannya di negara lain masih menjadi tanda tanya.

SUMBER | VIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here