Harga Sony Xperia Z Ultra Google Play Edition Di Malaysia

1
520 views
views

Harga Sony Xperia Z Ultra Google Play Edition Di Malaysia | Berita baik bagi anda yang sedang menantikan kehadiran Sony Xperia Z Ultra Google Play Edition di Malaysia, pihak Techbug telah pun mula membuka tawaran pra-tempahan untuk model tersebut bagi mereka yang berminat.

Sony Xperia Z Ultra Google Play Edition merupakan versi Xperia Z Ultra yang menggunakan stock pure Android 4.4 Kit Kat disamping mengekalkan spesifikasi yang sama seperti versi asal.Ianya mula ditawarkan pada harga permulaan RM2399 dan anda perlu membuat tempahan jika berminat.

KEMASKINI MEI 2014

Harga rasmi untuk Sony Xperia Z Ultra GPE ini telah pun diturunkan oleh pihak Google dimana anda kini boleh mendapatkannya pada harga jauh lebih rendah iaitu RM1799 berbanding RM2399 sebelum ini. Phablet GPE ini boleh dibeli melalui pihak Techbug dan anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

Secara ringkas, antara spesifikasi phablet Sony GPE ini ialah ia dilengkapi skrin bersaiz 6.4 inci dengan teknologi Triluminous Display (antara skrin smartphone tercantik di pasaran) , 2.2GHz Quad-core Snapdragon 800 processor (sama seperti Nexus 5) , 8MP camera, kalis air serta debu dan bateri bersaiz 3000mAh.

Kami telah pun melakukan review ringkas mengenai Sony Xperia Z Ultra versi asal dan boleh dikatakan antara phablet terbaik di pasaran dengan rekabentuk premium serta elegan.Ianya juga sangat nipis serta ringan.Segala info mengenai pre-order Xperia Z Ultra Google Play Edition ini boleh dirujuk melalui link dibawah.

SUMBER | TECHBUG

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here