Harga Motorola Moto G Di Malaysia – Kini Ditawarkan Penjual Tempatan

3
594 views
views

Harga Motorola Moto G Di Malaysia | Motorola Moto G kini boleh didapati di Malaysia selepas dilancarkan baru-baru ini.Moto G merupakan smartphone terbaru milik Motorola-Google yang menggunakan stok android 4.3 dan juga spesifikasi tinggi namun ditawarkan pada harga yang amat rendah berbanding pesaing smartphone tersebut dalam kategori yang sama.

Seperti yang dijangka , pihak Techbug.My membawa masuk smartphone tersebut ke Malaysia dan menawarkannya kepada pengguna pada harga RM850 bagi versi 16GB.Anda boleh mendapatkannya melalui laman web mereka.

Antara spesfikasi ringkas smartphone ini ialah ianya didatangkan dengan Android 4.3 Jelly bean (bakal terima android 4.4 Kit Kat) , Quad-core 1.2 GHz Cortex-A7 Snapdragon 400 processor , 1GB ram , 8/16 GB internal memory tanpa sokongan sdcard, kamera 5MP dibahagian belakang + 1.2MP pada bahagian hadapan, skrin 720p HD bersaiz 4.5 inci, bluetooth 4.0 dan bateri sebesar 2070 mAh.

Kami amat mengesyorkan smartphone ini untuk dimiliki jika anda tercari-cari smartphone bajet dibawah RM1000.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here