Cara Update Xperia Z Ke Android 4.3 Jelly Bean

Cara Update Xperia Z Ke Android 4.3 Jelly Bean | Untuk pengetahuan anda kemaskini android 4.3 jelly bean untuk Xperia Z telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh Sony Mobile pada minggu lepas,namun hanya sesetengah negara (tidak termasuk Malaysia) yang menerima kemaskini tersebut buat masa ini.

Bagi pengguna Malaysia , anda boleh kemaskini Xperia Z masing-masing ke android 4.3 Jelly Bean secara manual iaitu dengan menggunakan flashtool.Apa yang perlu dilakukan ialah download official firmware android 4.3 kemudian flash.Cara ini selamat dan tidak akan menghilangkan warranty phone anda.

Bagi yang berminat untuk mengemaskini phone masing-masing ke android 4.3 Jelly bean , ikuti langkah tutorial dibawah.Pastikan anda telah pun install PC Companion dan driver Xperia Z pada komputer masing-masing.

LANGKAH PERSEDIAAN

1- Install Flashtool Driver Xperia Z Pada Komputer.

– Download flashtool terbaru dan install pada komputer anda.
– Buka folder flashtool tadi ( local disk C > Flashtool > Drivers > Flashtool drivers) dan install.
– Scrool ke bawah dan tick pada Xperia Z.

– Pastikan proses install selesai sepenuhnya dan bagi pengguna Windows 8 , anda akan mengalami masalah untuk install driver2 tersebut dan cara khas perlu dibuat dimana kami akan update dalam satu artikel lain tentang bagaimana cara install drivers pada Windows 8.

LANGKAH UPDATE XPERIA Z KE ANDROID 4.3 JELLY BEAN

– Download firmware 10.4.B.0.569 Android 4.3 dan masukkan ke dalam folder Flashtool > firmware

Xperia Z 10.4.B.0.569 Android 4.3 Jelly Bean

* Firmware C6603 boleh diinstall pada C6602 tanpa sebarang masalah.

1- Buka flashtool yang anda install tadi.
2- Klik pada simbol petir dan pilih > flashmode
3- Pilih firmware Xperia Z yang telah dimasukkan dalam folder firmware tadi.
4- Lihat pada bahagian wipe dan tick semua option (data,cache,appslog)
5- Klik flash dan sambungkan Xperia anda pada komputer dengan cara tekan back button(volume down) kemudian cucuk kabel pada phone.
6- Tunggu proses flash selesai.
7- Reboot phone anda dan tunggu 3-4 minit bagi membolehkan phone bersedia.
8- Enjoy.

Mudah bukan? Cara ini merupakan cara manual untuk anda kemaskini phone masing-masing dan tidak merosakkan warranty phone selain boleh digunakan untuk repair/unroot phone.

Jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

13 COMMENTS

  1. Assalamu alaikum …Bang saya Rahman (indonesia) ,saya pengguna C6603 dan masih android 4.1 jika menggunakan cara di atas apa bisa dari JB 4.1 langsung update ke 4.3 ..? trus apa tidak ada masalah dengan NFC atau fitur lainnya…mohon balasannya ya ,thank u

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here