Cara Unroot / Format / Repair Samsung Galaxy S2 GT-I9100

4
1,721 views
views

Cara Unroot / Format / Repair Samsung Galaxy S2 GT-I9100, cara ini sangat berguna untuk unroot / format / repair Samsung Galaxy S2 GT-I9100 milik masing-masing.Secara ringkasnya, jika mengalami masalah pada phone tersebut anda hanya perlu flash semula stock firmware ( firmware asal ) phone tersebut dan keadaan akan kembali seperti biasa.

LANGKAH PERSEDIAAN

1- Download firmware phone anda kemudian extract dalam 1 folder dan letak di desktop. (Download)
2- Download Odin 3.07 dan extract pada desktop. (Download)

LANGKAH UPGRADE

1- Offkan phone masing-masing.
2- Masuk ke download mode dengan cara tekan butang home + volume down + power secara serentak sehingga download mode keluar.
3- Buka Odin 3.07 tadi dan sambungkan phone anda.
4- Tunggu sehingga phone tersebut di detect oleh Odin.Kotak ID:COM akan berwarna kuning apabila phone berjaya dikesan.
5- Lihat pada Odin, anda akan nampak bahagian PDA, klik PDA kemudian pilih file .tar.md5.
6- Jangan ubah apa-apa setting pada Odin, dan pastikan anda tidak tick pada Re-Partition.
7- Tekan start pada bahagian atas dan tunggu sehingga proses selesai.
8- Perkataan “PASS” akan keluar sebaik sahaja proses selesai dan itu bermaksud anda telah berjaya.

Done! Mudah sebenarnya.Harus diingat, selepas pertama kali reboot phone mungkin akan mengalami sedikit lag dan berat bergantung pada firmware yang anda gunakan.Cuba reboot sekali lagi dan enjoy.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

4 COMMENTS

  1. nak tanya la kalo s2 gt-i9100 boleh pakai rom gt-i9100g jelly bean ke? kalau fon pakai rom jb tp da root boleh unroot blk ke gune flash jb?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here