Android 4.4 Kit Kat Untuk Xperia X8 – Apa Yang Anda Perlu Tahu

7
1,839 views
views

Android 4.4 Kit Kat Untuk Xperia X8 – Apa Yang Anda Perlu Tahu | Dalam artikel kali ini kami akan menyentuh mengenai soal kemaskini Android 4.4 Kit Kat untuk Xperia X8 , sebuah smartphone low-end menggunakan processor ARMv6.Artikel ini juga boleh diikuti oleh mereka yang menggunakan smartphone low-end ARMv6 processor seperti Samsung Galaxy Mini.

Ketika pengumuman Android 4.4 Kit Kat dilakukan, Google mengatakan bahawa sistem operasi terbaru android ini dioptimasikan untuk smartphone dengan spesifikasi rendah serta mempunyai ram yang kecil.Namun, ramai yang salah anggap di mana mereka menyangka Android 4.4 boleh digunakan untuk kesemua smartphone yang ada.

Android 4.4 Kit Kat boleh digunakan tanpa isu, smooth serta lancar pada smartphone yang menggunakan ARMv7 processor dan sekurang-kurangnya 512MB ram.Untuk smartphone yang menggunakan spesifikasi yang lebih rendah dari apa yang disebut, berkemungkinan akan menghadapi isu serta masalah.

Pilihan utama yang ada untuk menggunakan Android 4.4 Kit Kat pada smartphone yang tidak menerima kemaskini rasmi atau tidak disokong ialah dengan menggunakan custom rom.Proses tersebut agak rumit dan sedikit sukar untuk dilakukan untuk pengguna baru atau pengguna biasa. (memerlukan pengguna untuk unlocked bootloader, install kernel tertentu dan beberapa perkara lain).

Antara custom rom yang menjadi pilihan ialah rom CyanogenMod 11 yang berasaskan Android 4.4 Kit Kat, walaubagaimanapun, senarai smartphone yang menyokong CM11 ini masih lagi terhad dan rom tersebut sendiri masih belum stabil sepenuhnya (minor issues).

Untuk smartphone seperti Xperia X8 , Sony Ericsson W8 , Samsung Galaxy Mini dan yang setaraf dengan nya, setakat ini, tiada rom rasmi android 4.4 Kit Kat yang dikeluarkan dan kami difahamkan bahawa rom CyanogenMod 11 (android 4.4 Kit Kat) mempunyai isu dengan ARMv6 processor sekaligus menyukarkan proses pembangunan rom.

Bagi pengguna smartphone kelas pertengahan (mid-range) anda boleh menggunakan custom rom android 4.4 Kit Kat yang kini sedang giat dibangunkan oleh pembangun di XDA Dev.Rujuk thread smartphone anda di XDA Developer untuk mencuba rom tersebut.Pastikan anda mempunyai asas flash rom dan tahu apa yang perlu dilakukan.

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here