Xperia T, TX, V, ZR Bakal Terima Android 4.4 Kit Kat – Status “Under Investigation”

11
783 views
views

Xperia T, TX, V, ZR Bakal Terima Android 4.4 Kit Kat  , dalam senarai yang dikeluarkan oleh pihak Sony Mobile baru-baru ini, kesemua smartphone diatas tidak disenaraikan untuk menerima Android 4.4 Kit Kat , namun Sony dilihat bakal merubah perancangan mereka demi kepuasan pengguna.

Dalam perkembangan terbaru , Sony berkemungkinan akan mengeluarkan kemaskini Android 4.4 Kit Kat untuk Xperia T, Xperia TX, Xperia V dan Xperia ZR . Pada halaman Support di laman web Sony , smartphone-smartphone tersebut diletakkan dibawah status “under investigation” yang membawa maksud pihak mereka sedang melihat samada smartphone tersebut sesuai atau tidak dengan Android 4.4 Kit Kat.

Jika dilihat dari spesifikasi , kesemua Xperia T, Xperia TX, Xperia V terutamanya Xperia ZR sebenarnya sangat sesuai untuk menerima Android 4.4 Kit Kat memandangkan android versi terbaru itu turut dioptimasi untuk smartphone mid-range.

Kami tidak pasti mengapa Xperia ZR dikecualikan sebelum ini walaupun ianya berada dalam siri Xperia Z dan mempunyai spesifikasi yang boleh dikatakan setaraf Xperia Z dan juga ZL.Mungkin ini ialah strategi pemasaran Sony yang ingin pengguna membeli smartphone baru yang menggunakan android 4.4 Kit Kat.

Facebook Comments

11 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here