Xperia S Dan Xperia P Terima Kemaskini Keyboard Baru – 5.6.D.1.28

1
344 views
views

Xperia S Dan Xperia P Terima Kemaskini Keyboard Baru – 5.6.D.1.28 , mungkin ini berita baik bagi pengguna Sony Xperia S dan juga Xperia P dimana pihak Sony Mobile telah pun mengeluarkan update terbaru untuk keyboard pada smartphone anda dengan build number 5.6.D.1.28.

Kemaskini ini dikeluarkan bagi menyelesaikan masalah serta bugs yang wujud dalam keyboard versi sebelum ini.Kemaskini tersebut boleh di download melalui Update Centre pada smartphone masing-masing.

xperia s keyboardDalam perkembangan lain, Sony baru-baru ini telah pun mengeluarkan senarai rasmi smartphone yang akan menerima Android 4.3 Jelly Bean dan juga Android 4.4 Kit Kat yang melibatkan beberapa model dari siri Xperia 2012 dan juga Xperia 2013.Malangnya , bagi Xperia S , ianya tidak akan menerima kedua-dua kemaskini tersebut dan akan terus menggunakan android 4.1 Jelly Bean.

Untuk senarai lengkap smartphone yang akan menerimanya, anda boleh rujuk artikel Senarai Sony Xperia yang bakal menerima kemaskini android 4.3 dan 4.4 Kit Kat.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here